18 Mei 2013

NGO ISLAM BANTAH, TUKAR AGAMA 3 ANAK KEPADA HINDU DENGAN PEMBATALAN SIJIL ISLAM

Pandai bapa dia pilih nama semua bermakna islam
dan sedap didengar. Sayang harap kes ini menemui jalan penyelesaian.
Baca lanjut asal usul kes ini klik
 SINI
IPOH – Majlis Permuafakatan NGO Islam Perak (Mampan) membantah permohonan semakan kehakiman oleh M Indira Gandhi, isteri K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah yang membatalkan sijil pengislaman anak-anak mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Wakilnya, Suhaimi Latip berkata, Mampan mendesak semua pihak melihat isu pembatalan sijil pengislaman itu sebagai perkara yang berat dan serius.Menurutnya, kes tersebut perlu campur tangan pihak berwajib bagi memastikan kesucian Islam dan perundangan Islam dipelihara.

20 GRO THAILAND JUAL AIR, CARI TIPS LEBIH

Sebahagian daripada 20 GRO Thailand yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Jalan SS21/35, Damansara Utama, kelmarin.
SHAH ALAM – Selain menawarkan khidmat seks, gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand bijak mencari tip lebih dengan menjual air kepada pelanggan yang datang berkunjung ke premis hiburan mereka.

Taktik ini dikesan selepas sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman menyerbu sebuah kelab hiburan di tingkat 1, Jalan SS21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya, kelmarin.

PKR CUBA KAWAL PENTADBIRAN KHALID

PKR nampaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kawalan yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, dengan PKR negeri mencadangkan calon-calon yang bukan sahaja untuk barisan exco negeri tetapi juga dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan Pejabat Menteri Besar.

GUAN ENG 'MENGAJAR' KPN CARA BEKERJA DAN TIDAK MAHU PEMIMPIN PAKATAN DITANGKAP

Ketua polis negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti membuang persepsi negatif bahawa beliau mempolitikkan pasukan keselamatan demi kepentingan BN dengan menumpukan kepada usaha membanteras jenayah dan bukan mensasarkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kanan) berkata, Khalid mesti membuktikan ikrarnya untuk mengutamakan keselamatan rakyat dan mengembalikan persekitaran yang selamat untuk orang ramai. "Ikrar tersebut pastinya akan diuji supaya tidak menjadi janji mulut semata-mata tetapi mesti dibuktikan dengan kejayaan menurunkan kadar jenayah di dalam negara," katanya yang juga setiausaha agung DAP.

MAZLAN ALIMAN TUDUH UMNO BUNUH ORANG PAS !!!

Selepas pilihanraya ni, sebenarnya aku dah malas nak ambik pot pasal Mamat yang kononnya Presiden anak-anak Felda tetapi bila bertanding, kesemua undi dari saluran Felda, tak ada satupun yang memihak kepadanya. Nak ambik pot buat apa, hebatnya tak ke manapun, bukan sekali dua bertanding, dah lebih empat kali kalau tak silap aku, kesemuanya ke parittt. Gagal bergelar YB.

Namun, setelah sekian lama semenjak pilihanraya hari tu tak menjengah ke FBnya, hari ni macam dipanggil-panggil pulak untuk mengklik ke FBnya. Rupanya ada tuduhan yang amat serius dilemparkan kepada UMNO. Mazlan tuduh UMNO bunuh ahli PAS di Memali!!! Klik SINI untuk sumber.

TERJERAT DENGAN AMANAT SENDIRI !!

JAWAPAN AKHIR BAGI PEMATAH HUJAH2 SONGSANG

Tuan Guru Pakcik Haji Hadi sememangnya terjerat dengan kata-katanya sendiri akibat dari kegairahan mengejar cita-cita menjatuhkan pemerintah negara yang sah! Sekarang haji Hadi amat terdesak dengan asakan demi asakan dari pelbagai sudut termasuk karya Zulkifli Nordin dan C.N Al-Afghan yang benar-benar memberi tamparan hebat hingga terdesaknya Haji Hadi mencari helah mengelak menjawap apa jua persoalan.

PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

PENGUNDI HANTU MAHU AMBIL TINDAKKAN UNDANG-UNDANG

Seorang kakitangan Indah Water Konsortium ingin mengambil tindakkan undang-undang terhadap laman web salah seorang pro pembangkang kerana mendakwa beliau adalah ‘pengundi hantu’. Raja Mohamad Nazrul – 27 tahun menegaskan penyiaran gambar beliau yang berjaya ditangkap telah menyebabkan repotasinya terjejas. 

Raja Mohamad Nazrul menjelaskan dia telah dipandang serong dan dihina oleh masyarakat kerana disangka bahawa beliau adalah warga Bangladedsh. 

PEGUAM DAKWA POLIS REKA CERITA

N.Surendran (tiga dari kiri) bersama bapa mangsa suspek kes
rompakan yang ditembak mati polis. Foto Sinar Harian
PETALING JAYA – Dua peguam kepada waris tiga suspek rompakan yang terbunuh di Taman Billion, di sini, N.Surendran dan Latheefa Koya mendakwa laporan hasil bedah siasat bertentangan dengan kenyataan polis.

Surendran mendakwa berdasarkan laporan yang diperolehi dari Unit Forensik, Fakulti Perubatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, kedudukan peluru yang mengenai ketiga-ketiga suspek itu menunjukkan mangsa ditembak ketika mereka berlutut dan bukannya ditembak dari hadapan, seperti dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

MAHU 'INI KALILAH' DAPAT 'INNALILLAH'


Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan Kabinetnya 10 hari selepas rakyat memberinya mandat dalam PRU13 pada 5 Mei lalu. Dengan ini, bermulalah pentadbiran beliau untuk tempoh lima tahun akan datang, sehingga PRU14 diadakan nanti.

Di negeri-negeri, menteri besar dan ketua menteri juga menubuhkan kerajaan masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab diamanahkan rakyat.

PUSAT BERLAMBAK DI IPOH DISEBABKAN DAP

Keasyikan 13 wanita warga Vietnam dan Thailand melayan pelanggan di sebuah pusat refleksologi di sini, dikejutkan dengan kehadiran sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Imigresen Negeri dalam serbuan yang dijalankan malam kelmarin. 

Sewaktu serbuan dijalankan, kumpulan tukang urut wanita warga asing yang berusia antara 18 hingga 40 tahun itu sedang sibuk mengurut pelanggan lelaki dalam bilik khas yang disediakan. 

MELAYU KENA PATUH DENGAN LIMA TUNTUTAN KIT SIANG !!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk “Apa Lagi Kit Siang Mahu” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan.

ZAHID BAKAL BERTINDAK - TIADA LAGI AMARAN !!

Zahid Hamidi kini mengalas tugas yang berat apabila diamanahkan menjadi Menteri Dalam Negeri yang baru, kita semua sudah maklum tindakan menukarkan Hisham disebabkan KDN sekarang ini lebih dikenali dengan Menteri Amaran .

Prestasi Zahid dalam menyelesaikan insiden Lahad Datu dan juga transformasi didalam ATM telah meletakkan beliau diantara menteri paling tinggi pencapaian KPI. KDN bakal berubah wajah,bertahun lamanya kerajaan dilihat begitu lemah apabila terlalu berlembut dalam melaksanakan undang undang apabila lebih banyak amaran daripada tindakan keras.

17 Mei 2013

MELAYU BANGSA MINORITI DALAM ORGANISASI DAP !!!!!!

Selepas selesai proses penamaan calon sempena PRU-13 pada 20 April 2013 yang lalu, jentera propaganda pakatan pembangkang sibuk mendabik dada mendakwa PR paling layak disokong oleh orang Melayu Islam kerana sebahagian besar calonnya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam.

Mereka mengusung angka 139 mewakili calon Melayu Islam dalam PR di peringkat Parlimen berbanding hanya 132 orang sahaja calon BN dari keturunan Melayu Islam bagi menunjukkan suara orang Melayu Islam lebih dihargai dalam PR berbanding BN.

KARPAL SINGH MEMBUAT LAPORAN POLIS DI BALAI POLIS TUN HS LEE

Kuala Lumpur Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu mengguling kan kerajaan menggunakan kekerasan. Katanya, sebarang rancangan untuk mengguling kan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.
 
Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13).

ANWAR IBRAHIM TERUS PERBODOHKAN RAKYAT

Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing, namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.

Dalam jelajah propagandanya yang terbaru di Johor, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik. 

BARU PEGANG JAWATAN MDN - ZAHID SUDAH BAGI AMARAN KERAS

Sudah lama kita menantikan kehadiran seorang Menteri yang tegas dalam membuat kenyataan.

Sejak Zahid Hamidi menerajui Kementerian Pertahanan kita sudah diperlihatkan dengan ketegasan Zahid apabila membuat keputusan.

16 Mei 2013

AWAL-AWAL SULTAN JOHOR DAH BAGI AMARAN - HABIS LA LU KIT SIANG!!!

Daulat Tuanku !!!

Sultan Johor mengingatkan wakil rakyat yang telah dipilih supaya tidak melupakan janji-janji yang dibuat ketika kempen PRU13 lepas dan bertanggungjawab untuk menunaikan janji terbabit.

ANWAR IBRAHIM AKAN TERIMA PADAH AKIBAT SERAKAHNYA !!

Sepanjang keterlibatan beliau dalam arena poltik sebagai Pembangkang, sudah banyak kontroversi dan masalah-masalah yang timbul segala-galanya berpunca bagi mencapai agenda dan matlamat beliau untuk menjadi perdana menteri yang diidamkannya selama ini,

Sepanjang beliau menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat, negara menghadapi pelbagai ancaman dari pelbagai sudut yang nyata sudah tiba di tahap sehingga membahayakan keselamatan negara.

TUDUHAN TIDAK BERASAS - SPR PERLU SIASAT DAN BERTINDAK !!!

Dalam banyak-banyak penipuan pembangkang... inilah yang paling tidak masuk akal dan"epic failed" !!!

Serius ye, terburai aku ketawa bila baca tajuk dia.

Bila baca isi, jangan ceritalah pula, keluar air mata aku baca kisah dongeng rekayasa portal milik Tian Chua ni.

GUAN ENG DAP KURANG AJAR !!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu berhenti bersikap biadab dengan terus berlakon menjadi mangsa Pendaftar Pertubuhan (ROS) demi kepentingan peribadi. 

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata,tindakan menggelar ROS sebagai ‘gila talak’ adalahkurang ajar dan dilakukan semata-mata untuk menutupdakwaan manipulasi undi dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) parti Disember lalu.

BARISAN KABINET BARU PENTADBIRAN MALAYSIA 2013 - 2018

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan barisan Kabinet barunya dalam sidang media di Dewan Persidangan, Pejabat Perdana Menteri hari ini . Kabinet kali ini menurut PM adalah kabinet berimbang . 

BARISAN KABINET BARU PENTADBIRAN MALAYSIA 2013 - 2018

15 Mei 2013

SATU LAGI SURAT CINTA BANG NON TERBONGKAR!!!

"Alamak! Macam mana boleh kantoi ni???" 

Dibawah ni merupakan kiriman email dari seorang sahabat yang menguatkan lagi dakwaan bahawa kaum Cina telah ditipu oleh Anwar.

Surat ini katanya telah disebarkan dan dijadikan sebagai bahan sepanjang tempoh berkempen dikawasan - kawasan yang majoritinya berbangsa Cina. 

BANTAH KEPUTUSAN PRU-13 : PAS TIADA PENDIRIAN


Ketidaktentuan pendirian PAS berhubung perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terserlah apabila Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang sekadar menyerahkan kepada ahli parti membuat pertimbangan sendiri.

Hadi membuat kenyataan itu semalam, beberapa hari selepas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib secara terbuka menyatakan pendiriannya tidak menyokong gerakan itu, sebelum nada sebaliknya disuarakan dua pemimpin PAS, iaitu Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

14 Mei 2013

SHAH ALAM 14 MEI : Ibu tunggal yang bertindak menyaman Kerajaan Negeri sebelum ini diseru mendaftar bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai program yang disediakan Kerajaan Negeri.

Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata pendaftaran itu penting bagi memastikan segala prosedur, proses dan syarat-syarat kelayakan dipenuhi sebelum bantuan dapat disalurkan.

RED BEAN ARMY : DAP CYBER TROOPERS ATTACK ORDINARY MALAYSIAN TOO


KUALA LUMPUR: Former DAP Youth National Executive Secretary Shen Yee Aun said DAP has its own group of cyber troopers called Red Bean Army paid to create lies, manipulate and misrepresent facts not only to attack the government, but also any ordinary Malaysians who pledge support to the Barisan Nasional.

In an interview with Mynewshub which is uploaded in the Youtube, Shen said the cyber troopers which are based in a hotel in Kuala Lumpur and Komtar office in Penang will attack and discourage anyone who said anything bad about the party.

Aku nak mengajak orang-orang muda hari ini agar tau apa yang telah berlaku sebelum 13 Mei. Selepas 13 Mei kita dah tau apa kesannya, tapi ramai orang tak tau apa yang berlaku sebelum 13Mei 1969.

DAP memang takut kalau kita buka cerita mengenai 13 Mei. Mereka buat video, mereka buat cerita, pusing fakta mengatakan yang tragedi 13 Mei terjadi adalah kerana Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO yang berniat untuk menggulingkan Tunku Abdul Rahman, lalu untuk "memaksa" Tunku Abdul Rahman berundur, orang-orang Umno membuat rusuhan 13 Mei.

TGNA - DOA BALA UNTUK DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK


JANJI-JANJI ANWAR KEPADA KAUM CINA

Adakah Ini Janji Nuar Kepada Pengundi2 Cina...Kedua-duanya risalah dan surat ini di temui di kawasann Skudai, Johor Bahru..

Saya ada bertanyakan rakan Polis di kawasan itu, dan beliau MENGAKU turut menerima surat ini....Fikir-fikirkan lah MELAYU..... Jangan sokong MEMBAWA KEPADA BANGSA SENDIRI....

KENAPA MAT SABU PERTAHANKAN CHIN PENG

Kenapa Mat Sabu pertahankan Chin Peng supaya di bawa pulang Ke Malaysia, Jawapannya Mat Sabu talibarut DAP.DAP talibarut PAP (Singapura).

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yg diharamkan.

Tahukah korang semua apa kaitan Chin Peng ni dengan Ngeh Koo Ham?

CEO AIRASIA - AZRAN OSMAN RANI CEMUH UTUSAN RASIS

KUALA LUMPUR – Seorang ahli korporat Melayu baharu yang berkhidmat dengan syarikat Air Asia milik Tan Sri Tony Fernandes mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.

KHALED NORDIN ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MB JOHOR

JOHOR BAHRU 14 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri, Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini hari ini.

Bekas Menteri Pengajian Tinggi berusia 55 tahun itu mengetuai barisan sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pukul 10.35 pagi.

KHALID ANGKAT SUMPAH MB SELANGOR, LAFAZ LAFAZ 10 PERKARA AKU JANJI

KLANG 14 Mei – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua hari ini melafazkan ikrar aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini kira-kira pukul 10.05 pagi ini.

Ini merupakan pertama kali pemegang jawatan itu melafazkan ikrar aku janji.

HOTEL BAJET JADI PORT LEMPIAS NAFSU WARGA ASING

AYER KEROH – Sebekas kondom sudah dipakai ditemui sementara 25 orang ditahan kebanyakannya warga asing dalam satu serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri di sebuah hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah, petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat orang awam yang mendakwa lokasi berkenaan dijadikan tempat melampiaskan nafsu pekerja asing terutama pada hujung minggu.

RENUNGAN : CATATAN SEDIH BUDAK SEKOLAH YANG MISKIN

Kisah Sedih Dan Pilu Di Kantin Sekolah….

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

BETULKAH 40% PENGUNDI PUTRAJAYA DARI KAUM CINA? - SPR

Ini adalah statistik pengundian di Wilayah Persekutuan Putrajaya…

Pengundi: 17,680
Pecahan Kaum: M:52.73% C:39.47% I:7.17% L:0.61%
Jumlah Undi: 14,465
Undi Rosak: 73
Peratus Mengundi: 21.26

DAKWA PENIPUAN PILIHANRAYA BESAR-BESARAN DI PULAU PINANG - SPR

Mereka boleh ketawa lagi……Lim Kit Siang menegaskan jika PR menang
antara 20-40 petisyen PRU13 maka PR akan mengambil pemerintahan negara.
Klik 
Sini Baca
BAYAN BARU 13 Mei: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan pembelian undi besar-besaran di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, dipercayai melibatkan peruntukan berjuta ringgit.

Katanya, perancangan cukup rapi dan sistematik itu dilakukan pihak tertentu dengan pemberian voucher kepada pengundi, yang kemudian ditebus dengan wang tunai selepas pilihan raya.

UMNO DIMALUKAN LAGI - HADI TOLAK PENYATUAN PAS-UMNO

KOTA BHARU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang penyatuan antara UMNO dan Pas seperti yang dicadangkan beberapa pemimpin bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.

Beliau sebaliknya menyifatkan cadangan itu hanya dikeluarkan oleh pihak yang sedang ‘lemas’ atau terdesak mendapatkan pertolongan daripada orang lain untuk menyelamatkan diri.

MUSA AMAN RAYU ANWAR TERIMA MANDAT RAKYAT

KOTA KINABALU, 13 Mei — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menerima mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), pada 5 Mei lalu dan bergerak ke hadapan demi untuk kebaikan negara.

Ketika membuat gesaan itu, Musa (gambar), yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, meminta pembangkang supaya menghentikan rekaan dakwaan penipuan oleh BN semata-mata untuk menghasut rakyat.

TAN SRI KHALID ABU BAKAR KETUA POLIS BARU?

KUALA LUMPUR – Berikutan persaraan wajib Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar, Jumaat ini, siapa yang bakal menggantikannya mula menjadi topik perbincangan hangat di kalangan warga polis dan juga rakyat.

Ismail, yang lahir pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, dilantik sebagai KPN yang kesembilan pada 13 September 2010, menggantikan Tan Sri Musa Hassan.

LUCUT KEWARGANEGARAAN ANWAR SEBELUM NEGARA HURU HARA

Semua salah Anwar punya sindrom….

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato Seri Fairuz Khairuddin mencadangkan agar satu usul bagi melucutkan taraf kewarganegaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibentangkan di Parlimen sekiranya beliau terus bertindak melanggar undang-undang serta membuat provokasi dan hasutan terhadap rakyat bagi mencetuskan keadaan huru hara di negara ini.

KHATIJAH AM ' AL-ARQAM' KENA TAHAN DI KLIA

SEPANG 13 Mei – Balu pengasas Al-Arqam, Hatijah Aam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebentar tadi oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dia yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba di KLIA dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira pukul 11.30 pagi.

JANGAN CABAR UNDANG-UNDANG MENERUSI PROVOKASI - KPN

YAN 13 Mei – Polis mengingatkan orang ramai agar tidak mencabar undang-undang menerusi pelbagai provokasi yang sengaja mahu membangkitkan perasaan marah di kalangan rakyat hanya kerana pihak tertentu tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya tidak mahu keadaan huru-hara berlaku, sebaliknya akan memastikan suasana yang aman bagi membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri beroperasi mengikut amalan demokrasi berpandukan sistem perundangan negara.

AZMIN ALI HORMATI KEPUTUSAN SULTAN

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali berkata keputusan mengenai siapa yang akan menjadi Menteri Besar bergantung kepada Sultan Selangor dan beliau akan menghormati keputusan tersebut.

Walaupun Azmin mengkritik tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada Istana Selangor tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan PKR Selangor, Azmin berkata beliau akan menyokong sesiapa saja yang bakal dilantik.

ANWAR : KENYATAAN MOHD NOOR LEBIH RASIS DARI KU KLUX KLAN

Jahat punya cakap! Salah UMNO bukan berani hendak dikaji perbetul lagi dia mahu buli cari gaduh. Klik sini baca lengkap apa yg si pengkaji rasis ini cakap

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan kontroversi seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan yang memberi amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati oleh orang Cina.

KHALID IBRAHIM ANGKAT SUMPAH HARI INI


SHAH ALAM - Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor setelah pelbagai spekulasi timbul ekoran penangguhan lantikan bagi jawataan itu.

Beliau dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

ISU MENTERI BESAR - KHALID ENGGAN ULAS PANJANG

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas panjang berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu sebagai menghormati istana di samping bagi menjaga disiplin dalam parti.

APA LAGI KIT SIANG MAHU - ZULKIFLEE BAKAR

Zulkiflee penulis asal Utusan dgn rencana APA LAGI CINA MAHU yg mencetuskan kemarahan kaum cina. Kini menulis lagi artikel mencabar Lim Kit Siang.

Bodohnya dia menuduh Anwar kemaruk jadi PM. Ia bahasa yg digunakan Tun M kerana tidak mahu org lain jadi PM mengganti beliau sejak dulu.

Apa salahnya bercita cita menjadi PM?

ANWAR BERIKRAR TIDAK AKAN MENGALAH SEHINGGA KEPUTUSAN PRU13 DISAHKAN

Anwar Ibrahim: Perhimpunan di Kuantan
pada hari Selasa, Rabu di Johor.
KUALA LUMPUR, — Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar malam tadi tidak akan mengalah dalam perlawanan Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan dakwaan seharusnya menang dan berada di Putrajaya, mengekalkan pendirian mereka Barisan Nasional (BN) menang dengan menipu pada 5 Mei.

Pemimpin de facto PR, kelihatan bertenaga dan penuh bersemangat apabila berucap di hadapan penyokong PR berpakaian hitam dalam perhimpunan ketiga selepas Pilihan Raya 2013 di Ipoh, Perak mengakui ianya seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi.

PRU13 - BARISAN NASIONAL PERLU CEMAS, PETISYEN AKAN DIHANTAR

Sinar Harian : WALAUPUN menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Barisan Nasional (BN) terpaksa akur ia masih tidak dapat menarik nafas lega.

Hakikat yang harus diakui ialah prestasi BN secara keseluruhannya merudum dan lebih sadis berbanding 2008.

LAMAN WEB WHITE HOUSE DIPENUHI RAKYAT MALAYSIA BANTAH KEPUTUSAN PILIHANRAYA

Laman web White House dipenuhi rakyat Malaysia
tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya
KUALA LUMPUR, — Rakyat Malaysia telah mengajukan rungutan kepada petisyen online White House berkenaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013, yang menyaksikan sejumlah 222,000 tandatangan telah diterima dalam masa seminggu dan menjadikannya isu kedua popular menurut Associated Press.

BUNUH TKP KASTAM - POLIS DAPAT PETUNJUK

KUALA LUMPUR – Polis mendapat petunjuk baharu dalam siasatan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim pada 26 April lalu ekoran penangkapan seorang lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden itu semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek seorang lelaki Cina berusia 56 tahun ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi di Petaling Jaya dekat sini.