18 Mei 2013

ZAHID BAKAL BERTINDAK - TIADA LAGI AMARAN !!

Zahid Hamidi kini mengalas tugas yang berat apabila diamanahkan menjadi Menteri Dalam Negeri yang baru, kita semua sudah maklum tindakan menukarkan Hisham disebabkan KDN sekarang ini lebih dikenali dengan Menteri Amaran .

Prestasi Zahid dalam menyelesaikan insiden Lahad Datu dan juga transformasi didalam ATM telah meletakkan beliau diantara menteri paling tinggi pencapaian KPI. KDN bakal berubah wajah,bertahun lamanya kerajaan dilihat begitu lemah apabila terlalu berlembut dalam melaksanakan undang undang apabila lebih banyak amaran daripada tindakan keras.

Rakyat meletakkan harapan yang tinggi kepada KDN, Zahid dilihat mampu melaksanakan apatah lagi sekarang ini negara diancam oleh haprak pakatan yang mahu menjatuhkan kerajaan negara cara keganasan dan rusuhan.
Menteri Dalam Negeri yang baharu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berikrar meletakkan keselamatan rakyat dan keharmonian negara sebagai keutamaan selepas diberi tanggungjawab mengetuai kementerian tersebut dalam suhu politik sekarang.
Katanya, tanggungjawab itu akan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang sedia ada dan bukan semberono walaupun pelbagai pihak khususnya majoriti rakyat mahu Kementerian Dalam Negeri lebih ‘bertaring’ dan ‘berkuku’.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepada beliau mengetuai kementerian tersebut, Ahmad Zahid berkata, semua pihak perlu meletakkan keselamatan negara sebagai keutamaan.
Dalam masa sama, beliau yakin gandingan bersama Timbalannya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Ketua Polis Negara baharu, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin mampu menggalas harapan rakyat.
“Saya sedar harapan tinggi rakyat tetapi saya akan bertindak mengikut undang-undang.
“Bagi saya harga untuk kita melakukan pencegahan adalah lebih murah berbanding harga yang perlu dibayar untuk penyelesaian apabila berkait dalam soal keselamatan negara,” kata bekas Menteri Pertahanan itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan