11 Disember 2018

SUHAKAM KOMITED RATIFIKASI ICERD - TAN SRI RAZALI


Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail, berkata SUHAKAM akan terus menasihatkan kerajaan untuk meratifikasi enam lagi baki konvensyen antarabangsa yang belum ditandatangani Malaysia. Salah satunya adalah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ada ramai individu dalam kerajaan yang mahu SUHAKAM terus bekerja keras dalam isu meratifikasi ICERD dan baki instrumen hak asasi manusia lain.

Beliau menyatakan bahawa Malaysia hanya meratifikasi tiga daripada sembilan konvensyen antarabangsa berhubung hak asasi manusia iaitu : - 

· Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)
· Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak (CRC) dan
· Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD).

Didalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Tun Madey pernah menegaskan dibawah kerajaan baru ini beliau telah berikrar akan meratifikasi baki instrumen asas PBB yang berkait dengan melindungi hak asasi manusia.

Menurut Tan Sri Ismail pihak yang mengaitkan SUHAKAM dan hak asasi manusia sebagai satu konsep barat yang melanggar agama, adalah pandangan yg cetek atau ada motif lain di sebalik hujahnya.

Pada 23 November lalu, kerajaan telah menyatakan pendirian untuk tidak meratifikasi ICERD, sebaliknya memberi jaminan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. 

Di majlis sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 pada 09 Disember 2018, SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail menegsaskan bahawa SUHAKAM komited memastikan hak asasi manusia di Malaysia dipraktikkan dan dijamin dengan sistematik dalam semua aspek berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

NAS..

10 Disember 2018

JANGAN TERUS ANIYA FELDA

Menjual aset Felda tidak menyelesaikan masalah aliran tunai kepada kerajaan Pakatan Harapan.. Sebaiknya Pakatan Harapan memberi peruntukan kewangan kepada Felda. 


Tindakkan tersebut akan memberi kesan negatif kepada Felda sekiranya kadar pulangan jualan lebih rendah daripada kadar faedah hutang Felda.

Rasanya ramai sedia maklum bahawa kerajaan telah menghentikan pembiayaan kewangan kepada Felda sejak tahun 1996.  

Kerajaan Pakatan Harapan harus pertimbangkan untuk membantu Felda dengan memberi peruntukan kewangan kepada Felda kerana keadaan seolah2 menjadi begitu sukar selepas PRU14 kerana kerajaan telah mengaut pelbagai hasil dan cukai daripada sektor minyak sawit.  

Masyarakat luar harus memahami bahawa Felda adalah sebuah agensi kerajaan. Matlamat Felda ialah untuk membela para peneroka dan kerajaan harus menolong agensi kerajaan supaya kebajikan peneroka dijaga dgn baik..

NAS..