10 Disember 2018

JANGAN TERUS ANIYA FELDA

Menjual aset Felda tidak menyelesaikan masalah aliran tunai kepada kerajaan Pakatan Harapan.. Sebaiknya Pakatan Harapan memberi peruntukan kewangan kepada Felda. 


Tindakkan tersebut akan memberi kesan negatif kepada Felda sekiranya kadar pulangan jualan lebih rendah daripada kadar faedah hutang Felda.

Rasanya ramai sedia maklum bahawa kerajaan telah menghentikan pembiayaan kewangan kepada Felda sejak tahun 1996.  

Kerajaan Pakatan Harapan harus pertimbangkan untuk membantu Felda dengan memberi peruntukan kewangan kepada Felda kerana keadaan seolah2 menjadi begitu sukar selepas PRU14 kerana kerajaan telah mengaut pelbagai hasil dan cukai daripada sektor minyak sawit.  

Masyarakat luar harus memahami bahawa Felda adalah sebuah agensi kerajaan. Matlamat Felda ialah untuk membela para peneroka dan kerajaan harus menolong agensi kerajaan supaya kebajikan peneroka dijaga dgn baik..

NAS..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan