18 Mei 2013

PUSAT BERLAMBAK DI IPOH DISEBABKAN DAP

Keasyikan 13 wanita warga Vietnam dan Thailand melayan pelanggan di sebuah pusat refleksologi di sini, dikejutkan dengan kehadiran sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Imigresen Negeri dalam serbuan yang dijalankan malam kelmarin. 

Sewaktu serbuan dijalankan, kumpulan tukang urut wanita warga asing yang berusia antara 18 hingga 40 tahun itu sedang sibuk mengurut pelanggan lelaki dalam bilik khas yang disediakan. 

Kumpulan wanita terbabit bukan sahaja menawarkan perkhidmatan refleksologi malahan menyediakan perkhidmatan seks dengan kadar bayaran mencecah RM150 bagi setiap pelanggan. 

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, kesemua mereka ditahan dalam Ops Sayang yang disertai 30 anggota Jabatan Imigresen membabitkan dua lokasi kawasan tersebut. 

Menurutnya, lapan dari wanita terbabit didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram di negara ini manakala lima lagi wanita Vietnam terbabit tidak mempunyai dokumen sah. 

"Seorang wanita warga tempatan dipercayai penjaga premis turut ditahan dalam serbuan itu," katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Sementara itu, dalam dua lagi serbuan yang dijalankan, beliau berkata, seramai 11 wanita warga China ditahan disebuah rumah urut manakala 13 warga Indonesia, turut ditahan dalam sebuah rumah kedai di Jalan Kampar yang menjadi lokasi penempatan warga asing. 

"Hasil serbuan dilakukan itu, seramai lapan lelaki dan lima wanita warga Indonesia diberkas kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/ 63. 

"Kebanyakan mereka cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam almari pakaian selain turut bersembunyi di dalam tangki air. Kesemua yang ditangkap ditahan selama 14 hari di Depoh Tahanan Imigresen di Langkap, Teluk Intan, untuk siasatan lanjut," katanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan