8 November 2018

ICERD - USAHA PENGHAPUSAN HAK-HAK ORANG MELAYU DAN ISLAM

ICERD - Konvensyen Antarabangsa yang akan menghapuskan segala bentuk diskriminasi kaum dan menyahkan undang-undang yang melindungi suatu kaum dalam sebuah negara. Negara Malaysia dari mula merdeka telah mempunyai satu kontrak sosial bertulis yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Dalam perlembagaan tersebut jelas berperanan menjaga Hak-hak Keistimewaan orang mekayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak serta mempertahankan Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara.

Kenyataan P Waytamoorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun depan adalah kenyataan yang boleh menimbulkan huru hara dan kemarahan umat Islam dan Bangsa Melayu di negara ini.

Sebenarnya ada satu organisasi di negara Malaysia yang dikenali sebagai KOMAS dan telah bergiat  aktif sejak tahun 1993 mempromosikan kesaksamaan dan penghapusan semua bentuk diskriminasi kaum di Malaysia. Sejak dahulu organisasi ini telah berusaha keras untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD) di Malaysia

Mengapa kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP benar-benar berusaha ingin meratifikasikan ICERD sedangkan kontrak sosial yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan selama ini masih boleh menjaga kestabilan hidup berbangsa dalam negara.

Masyarakat negara ini sudah hidup dalam keadaan aman dan harmoni dan setiap kaum serta agama boleh menerima kontrak sosial berkenaan kerana ia adalah satu persetujuan bersama yang sudah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malaysia hari ini sudah berada pada satu tahap yang cukup selesa apatah lagi konvensyen antarabangsa itu (sebagaimana didesak) bukanlah sesuatu yang wajib untuk kita ikuti.

Rakyat cukup bimbang sekiranya kerajaan meratifikasi konvensyen ini seterusnya memberi implikasi negatif yang besar walau dinyatakan pelaksanaan ICERD tidak akan memberi kesan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan