8 November 2018

NAJIB DISABOTAJ KASTAM DIRAJA MALAYSIA ISU CINCIN 24 JUTA

Tan Sri Abu Kassim Mohamed selaku bekas Ketua Pencegah Rasuah Malaysia telah mendedahkan dengan terang dan terperinci berkaitan dengan isu cincin yang giat diperkaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor sejak tahun 2011 lalu. Abu Kasim telah lama mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Tun M.

Isu cincin yang konon dibeli Rosmah pernah hangat apabila dibawa masuk pada 16 April 2011 untuk dilihat secara tertutup oleh ibu menantunya masa persiapan pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev.


Punca Dato’ Sri Najib Razak disabotaj oleh Pihak Kastam adalah kerana SPRM telah menyiasat Pihak Kastam berkaitan dengan kes RM 3 bilion. Mereka mendesak dan mengadakan perjumpaan dengan Peguam Negara agar kes tersebut diberikan pengecualian terhadap mereka namun Abu Kassim Mohamed menasihati Dato’ Sri Najib Razak agar tidak terlibat untuk menjaga dan mempertahankan identiti dan tindakan SPRM yang tegas terhadap Pihak Kastam.

Disebabkan Dato’ Sri Najib enggan berkerjasama mahupun berjumpa dengan pihak Kastam, maka pihak Kastam bangkit marah dan terus mendedahkan serta mengedarkan dokumen tersebut kepada pihak-pihak tertentu. 

Dokumen merupakan 'borang Kastam' yang diedarkan itu memberi tanggapan yang salah, kemudian jatuh ke tangan jentera kempen PH untuk dijadikan bahan eksploitasi seolah-olah Datin Sri Rosmah-lah yang mengimport cincin tersebut untuk membelinya. Sebaliknya, cincin itu tidak dibeli dan dihantar ke New York dan juga bukan Datin Sri Rosmah yang ingin ditonton lihatkan cincin tersebut tetapi adalah keluarga menantunya dari Kazakhstan.

Pakatan Harapan telah memainkan isu cincin tersebut dengan memfitnah Datin Sri Rosmah
hampir dalam semua kempan PRU 13 dan PRU14 lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan