4 Disember 2018

PENGERTIAN TAMADUN


TAMADUN

  • Berasal daripada bahasa Arab – mudun, madain dan madana
  • Bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
  • Dalam bahasa Inggeris disebut civilization
  • Berasal daripada perkataan Greek – civitas
  • Bermaksud bandar
  • Bermaksud peradaban
  • Sarjana Barat – tamadun ialah pembangunan lahiriah
  • Kemajuan dalam aspek ekonomi, pembandaran, perundangan, kebudayaan dll
  • Tamadun tiada kaitan dengan unsur rohaniah
  • Sarjana Islam – tamadun ialah pembangunan lahiriah dan rohaniah
  • Kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsia. Mesti seimbang antara kemajuan lahiriah dan rohaniah
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar.

Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan. Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan rohaniah. 


PUSAT TAMADUN AWAL DUNIA
  • Tamadun Mesopotamia – di lembah sungai Tigris dan Euphrates
  • Tamadun Mesir Purba – di lembah sungai Nil
  • Tamadun Indus – di lembah sungai Indus
  • Tamadun Hwang Ho – di lembah sungai Hwang Ho

CIRI TAMADUN AWAL DUNIA

1.  Mempunyai pertempatan kekal 
  • Penduduk nomad menetap di lembah sungai
  • Lembah sungai dipilih kerana dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan
  • Contohnya di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, di lembah sungai Indus dan di lembah sungai Hwang Ho.

2.   Mempunyai organisasi sosial
  • Terjadi disebabkan penduduk bertambah ramai
  • Masyarakat mempunyai susun lapis
  • Terdapat dua lapisan masyarakat iaitu lapisan atasan dan bawahan
  • Lapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawan
  • Lapisan bawahan terdiri daripada rakyat dan hamba

3.  Mempunyai sistem pemerintahan
  • Diperintah oleh raja
  • Raja berkuasa mutlak
  • Raja berkuasa di peringkat pusat
  • Dibantu oleh bangsawan dan pendeta
  • Bangsawan menjadi pentadbir wilayah
  • Pendeta menjalankan urusan keagamaan
  • Mewujudkan undang-undang untuk melicinkan pentadbiran

4.   Mempunyai pengkhususan pekerjaan
  • Berlaku kerana terdapat pelbagai keperluan
  • Contoh – petani, artisan, tentera, tukang dll.

5.   Mempunyai agama dan kepercayaan
  • Mempercayai animisme – unsur alam dikawal oleh semangat
  • Semangat boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan
  • Contohnya memuja bukit-bukau, laut, gunung dsb
  • Mempercayai politeisme – banyak tuhan
  • Contohnya tuhan bukit, tuhan syurga, tuhan matahari dll.

6.   Mempunyai bahasa dan tulisan
  • Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar
  • Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan
  • Contoh tulisan ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan