4 Disember 2018

NAMA BAIK SULTAN JOHOR PERLU DIBERSIHKAN


Mari kita imbas kembali satu peristiwa yang cukup menggemparkan negara satu ketika dulu iaitu peristiwa amuk Prebet Adam Jaafar yang mengamuk hingga menyebabkan seorang lelaki Che Soh Che Mahmud terbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.

Ceritanya bermula bila Adam bertindak melepaskan berdas-das tembakan secara rawak di kawasan itu. Tak cukup dengan itu, dia juga cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam telah menulis ayat ini'

" Malam Sial Untuk Adam. Membunuh, Dibunuh atau Bunuh Diri "

Bermula dari itu, sehingga sekarang, kalau dibuat carian 'Google'  mengenai Prebet Adam ini, kita akan 'dihidangkan' dengan pelbagai kisah serta versi kejadian itu dan yang paling hot, Adam kononnya bertindak demikian setelah adiknya dipukul hingga mati oleh seorang 'kerabat' Diraja Johor. Kononnya kerabat ini marah bila dirinya ditertawakan oleh mangsa kerana gagal memukul bola masuk ke dalam lubang. Lalu mengsa telah dirembat hingga mati dengan menggunakan kayu golf oleh kerabat terbabit. Ini menyebabkan Prebet Adam mengamuk menggunakan M16 di Chow Kit tak lama selepas kejadian kerana kononnya hendak menuntut bela.


INI BETUL-BETUL FITNAH DAN PEMBOHONGAN YANG JELAS DAN NYATA TERHADAP KESULTANAN JOHOR!

Apa yang berlaku sebenarnya  adalah, Prebet Adam ketika itu mengalami tekanan perasaan yang amat dahsyat kerana dibuli, didera mental dan fizikal hingga pernah diarahkan untuk membuat seks oral oleh para seniornya di kem tentera mereka. Adam, anggota tentera dari Unit Renjer yang berasal dari keluarga miskin di Pulau Pinang masa itu tidak dapat lagi menerima seksaan demi seksaan di kem tersebut hingga menyebabkan dia tak mampu lagi berfikir secara waras seperti manusia biasa. Dia kemudian mengambil keputusan untuk mengamuk dan melepaskan tembakan liar menggunakan rifal M16 yang dibawanya. 

Prebet Adam mengamuk kononnya berpunca dari insiden adiknya telah dipukul mati oleh seorang "kerabat DiRaja Johor" ekoran mangsa tertawa kerana kerabat berkenaan gagal memasukkan bola ke dalam lubang dalam satu permainan golf.

Bicara punya bicara, Hakim akhirnya mengarahkan Prebet Adam dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana mengalami masalah mental sekaligus semua pertuduhan ke atasnya tekah digugurkan. Malangnya sehingga hari ini, orang ramai masih mengaitkan kes itu dengan istana Johor, apatah lagi ketika kes itu berlaku, Sultan Johor merupakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Buka saja atau Goggle saja di internet pasal kes ni, korang boleh baca, ramai orang diluar sana yang menjadi " pegawai polis dan pendakwa tidak rasmi dan mereka seolah-olah tahu A to Z apa sebenarnya yang berlaku. 

Ingat, dosa memfitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Admin menulis artikel ini kerana merasakan sudah tiba masanya nama Kesultanan Johor yang tercalar disebebabkan insiden ini DIBERSIHKAN. Admin difahamkan Adam dah pun keluar dari Hospital Bahagia beberapa tahun lalu dan kini berada di sebuah negeri dekat utara semenanjung. 

Aku orang Johor tetapi ibarat  Sampai bila kita hendak bergelumang dengan dosa fitnah ini yang lumrah berlegar di kedai-kedai kopi? Tepuk dada, tanya selera... 

NAS-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan