19 Mei 2013

GST BAKAL MEMBEBANKAN RAKYAT?

Inilah masalah jika tidak tahu membezakan diantara Goods and Services Tax (GST) dan Government Service Tax. Resit TESCO ini tertera Government Service Tax, dan bukannya Goods and Services Tax (GST)... 

Goods and Services Tax (GST) belum diimplementasikan lagi... Jadi, tolong jangan percaya dari sumber yang tidak betul...

Ketahuilah bahawa isu GST ini merupakan serangan awal Red Bean Army melalui facebook dalam menakutkan rakyat mengenai Goods and Services Tax (GST). 

Mereka cuba menimbulkan persepsi jahat untuk memburukkan kerajaan.. 

Untuk makluman anda semua, Government Service Tax (Aku panggil sebagai SST) sudah berpuluh tahun lamanya digunapakai oleh kerajaan. Cukai Jualan (Sales Tax) ini telah lama berkuatkuasa sejak dari tahun 1972 (link SALES TAX ACT 1972). Begitu juga dengan Cukai Perkhidmatan (Service Tax) telah lama berkuatkuasa sejak dari tahun 1975 (link SERVICE TAX ACT 1975). 

Untuk makluman, kadar Cukai Jualan paling terkini adalah 10% (kemaskini sejak April 2008) dan kadar Cukai Perkhidmatan terkini adalah 6% (kemaskini sejak Januari 2011). 

Bayangkan ... berapa ramai rakyat negara ini yang tidak menyedari bahawa mereka telah membayar 10% hingga 16% bagi barangan yang dibeli sejak berpuluh tahun lamanya. Kerajaan mahu mengimplementasikan Goods and Services Tax (GST) pada kadar 6% hingga 7%. 

Masuk akal atau tidak... Rakyat tidak perlu lagi membayar lebihan cukai ini. 

Masih belum faham... 
GOODS AND SERVICE TAX (GST) 
Dengar saja tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala rakyat sudah pastilah tentang kenaikkan harga barang disebabkan cukai yang dikenakan kerajaan. 

Rakyat yang matang haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa sahaja dasar yang dibawa kerajaan. Salah kerajaan juga sebenarnya ... Gagal memberikan pemahaman sebenar mengenai Goods and Services Tax (GST). 

Rakyat juga tidak seharusnya disalahkan, memandangkan Media-media perdana gagal cemerlang memberikan penerangan yang sewajarnya. media-media perdana lebih banyak bermain dengan berita-berita politik. 

Aku minta rakyat tinggalkan dahulu politik partisan... buka mata dan hati supaya mudah memahami apa itu sebenarnya Goods and Services Tax (GST). Tarik nafas panjang-panjang dan baca...


CUKAI DI MALAYSIA 
Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) dan cukai penggunaan (consumption tax). 

Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. 

Manakala cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang kita gunakan. Goods and Services Tax (GST) terletak dibawah kategori cukai penggunaan (consumption tax). 

APA ITU GST DAN SST? 
GST adalah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan. Rakyat sebenarnya selama ini membayar SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. 

SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking, barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). 

Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar. 

Fakta yang perlu difahami
1) GST yang dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%. 
2) Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. 
3) GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai (retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). 
4) Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. 
5) Cukai GST 4% itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). 
6) SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. 
7) Pelaksanaan SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama dan membebankan rakyat berpendapatan rendah. 
PELAKSANAAN GST 
Idea melaksanakan GST ini mula dibincangkan pada tahun 2007 dan dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009. 

Ditangguhkan atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST dikalangan rakyat Malaysia. 

Penyebab ianya ditangguhkan juga adalah atas dasar menjadi bahan momokan pihak pembangkang untuk menakutkan rakyat. 

Rang undang-undang GST dibaca diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab yang sama. 

Rujuk artikel Berita Harian tentang jadual bacaan rang undang-undang GST di sini

Fakta yang perlu difahami
1) GST yang dicadangkan kerajaan adalah pada kadar rata 6%-7% untuk setiap barangan dan perkhidmatan.
2) Walau bagaimana pun kerajaan akan mengecualikan GST ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan dan sebagainya. 
3) Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga ke atas barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada).
Perkara ini telah dinyatakan di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST. Klik sini.
KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST
Fakta yang perlu difahami ...
1) GST perlu dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara tidak langsung. 
2) GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion - bangsa kiasu yang banyak lari dari membayar cukai ini) dan sebagainya. 
3) Untuk makluman, 28 juta rakyat Malaysia kurang daripada 10% membayar cukai pendapatan manakala daripada keseluruhan tenaga buruh (workforce) seramai 11 juta di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan (income tax) adalah lebih kurang 25%. 
Rujuk taksiran pembayar cukai bermastautin daripada perangkaan tahunan negara:
Individu atau perseorangan yang membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang menerima manfaat dari kerajaan melalui BR1M, BB1M dan segala bentuk jenis subsidi yang lain. 

GST akan menjadikan setiap lapisan masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk menyumbang kepada pendapatan kerajaan. 

GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN? 
Fakta yang perlu difahami 
1) Konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar. 
2) Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah dan berjimat. 
3) Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka. 
4) Program bantuan tunai daripada kerajaan ( seperti BR1M ) akan mengurang kesan GST kepada mereka yang berpendapatan rendah. 
KESAN GST 
Fakta yang perlu difahami 
1) Contoh paling mudah, GST yang dilaksanakan di negara lain contohnya Singapura, apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan dikurangkan secara berperingkat. 
2) Ini akan memberi kesan positif kepada pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh guna (disposable income) untuk dibelanja atau disimpan. 
3) GST juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja. 
4) Tiada lagi cukai SST 10% hingga 16% dikenakan (kadar GST adalah 6% hingga 7%) yang membebankan pengguna berpendapatan rendah. 
5) Konsep GST bukanlah menaikkan harga barang. 
6) Kerajaan juga akan membentuk jawatan kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan harga barang agar kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga tidak akan mengutip untung berlebihan..
Cuma aku mahu menegur sikap kerajaan yang gagal memberikan penerangan sewajarnya kepada rakyat mengenai Goods and Services Tax (GST) ini. 

Apa yang penting adalah kerajaanperlu melaksanakan Goods and Services Tax (GST) melalui satu tempoh percubaan (trial period). 

Dalam pada itu, kerajaan perlu menurunkan cukai pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani kesan langsung daripada Goods and Services Tax (GST). 

Goods and Services Tax (GST) adalah dasar yang baik namun kerajaan perlu memastikan rakyat akan mendapat faedah ke atas cukai yang dibayar nanti... 

Rakyat juga perlulah memahami konsep Goods and Services Tax (GST) sebelum membangkang membuta tuli tanpa fakta dan asas.... 

Mengapa Singapura mampu melaksanakan Goods and Services Tax (GST) sejak dari tahun 1994 ? Tahun 2010 menyaksikan kerajaan negara itu mengutip GST 84.2% daripada orang luar, 40% GST daripada mereka yang berpendapatan tinggi.
***Jika kita fikir secara logik, kerajaan manakah didalam dunia ini yang mahukan rakyatnya ditindas dan hidup susah... bukalah minda dan berfikirlah secara rasional.- LB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan