11 Jun 2013

MIGRASI AKAUN BEKALAN AIR METER PUKAL KEPADA BEKALAN AIR INDIVIDU

Pengebilan caj air bagi perumahan berstrata seperti rumah pangsa, pangsapuri dan kondomium biasanya dibuat berdasarkan meter pukal kepada skim perumahan tersebut, manakala pihak pengurusan / pemaju akan mengecajkan setiap unit rumah mengikut bacaan meter individu dan kadar yang dikenakan adalah mengikut kadar harga pukal tersebut atau mengambil kira caj untuk penggunaan air bagi harta bersama (seperti rumah sampah, dewan dll.).

Caj harga meter pukal buat masa ini adalah sebanyak RM 1.38/m3 berdasar tariff Kod 17 & 18 manakala bagi caj untuk meter individu adala mengikut penggunaan seperti berikut;
a) 0-20m3 RM 0.57 
b) 20-35m3 RM 1.03

c) >30m3 RM 2.00

d) Caj minimum RM 6.00 sebulan
SYABAS telah menggalakkan agar pemilik-pemilik rumah bertingkat menukarkan akaun meter pukal kepada meter individu. Tujuan penkaran adalah seperti berikut;
i) Caj untuk meter individu adala lebih rendah dari meter pukal. Kerajaan Selangor telah menawarkan kadar percuma bagi penggunaan air kurang dari 20m3 sebulan. Mengikut kajian SYABAS, 45% pengguna menggunakan air kuran dari 20m3 sebulan.

ii) Bagi menyelaraskan tariff air yang sama bagi pemilik rumah bertingkat dengan rumah teres dan sebagainya yang menggunakan meter individu sejak mendiami kediaman.

iii) Bagi mempromosikan penjimatan air.
Pihak-pihak yang terlibat bagi menjayakan migrasi meter pukal ke meter individu adalah seperti berikut;
i) Pemilik premis – perlu bersetuju untuk migrasi, disamping menyelesaikan semua bil air yang tertunggak dengan Perbadanan Pengurusan/JMB/Pemaju.

ii) Pemaju – Yang memegang deposit air dari pemilik.

iii) Perbadanan Pengurusan / JMB – Pemegang akaun meter pukal

iv) SYABAS – menerima dan meluluskan permohonan.
Syarat bagi migrasi.
1.0 Am 
1.1 Pengurusan (JMB/MC) mesti bersetuju dengan semua permohonan. 
1.2 Permohonan mesti diterima dari semua pemilik unit (100%) kecuali; 
a) Pemilik berada di luar Negara
b) Pemilik telah meninggal dunia/menukar hakmilik précis tersebut
c) Premis terbabit sedang dalam proses lelongan
d) Premis yang tidak dijual
e) Premis kosong atau apa-apa keadaan yang diterima oleh SYABAS. 
1.3 Pengurusan perlu menutup akaun meter pukal dan membuka akaun bekalan baru dengan bayaran deposit. 
1.4 Segala tunggakkan bil air pukal mesti diselesaikan. 
1.5 Pengurusan bertanggungjawab untuk selesaikan bil air bulanan abgi meter pukal. 
1.6 Pembayaran deposit baru bagi semua permohonan.
Selepas permohonan dibuat kepada SYABAS, pihak Pemegang akaun meter puka perlu meamastikan meter individu adalah; 

Mudah diakses 

Mudah dibaca (Paras penglihatan & cahaya yang sesuai) 
Selamat untuk dibaca oleh pembaca meter 
Dalam keadaan yang bersih 

Jika terdapat sebarang halangan,kedudukan tidak sesuai atau susah dibaca oleh pembaca meter,pihak SYABAS akan mengarahkan modifikasi dibuat dan kos akan ditanggung oleh Pemegang Akaun Meter Pukal.

Artikel diatas dirujuk kepada garis panduan migrasi yang dikeluarkan oleh SYABAS.

Jelaslah migrasi meter air pukal kepada meter individu akan mendatangkan banyak keuntungan kepada pemilik unit. Kadar caj yang lebih rendah boleh dinikmati oleh pemilik bangunan bertingkat sama seperti pemilik rumah teres dan lain-lain. 

Pihak pengurusan atau JMB juga tidak lagi mempunyai kuasa untuk memotong bekalan air kerana urusan ini akan diambil alih oleh pihak SYABAS.

Walaubagaimanapun, pemilik-pemilik juga perlu memberikan kerjasama untuk bersetuju bagi penukaran ini. Selain itu, pemilik juga perlu menyelesaikan segala tunggakkan bil air kepada pihak pengurusan/JMB kerana pihak pengurusan atau JMB perlu meyelesaikan segala tunggakkan bil meter pukal sebelum migrasi dapat dilakukan.

Pihak JMB dan PPPSM bercadang untuk mewujudkan satu ‘task force’ bagi mengusahakan migrasi ini dalam masa terdekat. Jika ada individu yang ingin member sumbangan tenaga dan fikiran dalam usaha ini adalah dialu-alukan. 

Mereka yang berminat boleh memberikan komen untuk artikel ini. Pihak kami akan menghubungi tuan/puan melalui alamat e-mel yang tuan/puan gunakan.