25 Mei 2013

PADUKA AYAHNDA GOMBAK (AYAH TYSON) DITETAK PADA 22/5/2013 LALU

Gombak: Pada 22.5.2013 lalu seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

RED BEAN ARMY - UTUSAN GESA POLIS, ATM BERTINDAK SERIUS

Pasukan keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digesa menubuhkan unit teknologi maklumat (IT) bagi menangkis segala pembohongan serta dakwaan yang berniat jahat bertujuan menimbulkan situasi huru-hara dalam negara.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, perkara itu perlu memandangkan ancaman terhadap keselamatan negara dilakukan secara berterusan oleh pihak tertentu khususnya pembangkang menerusi alam maya.

PAS BAGI AMARAN KEPADA PDRM SUPAYA TIDAK GUNA KEKERASAN KAWAL 'BLACK 505'

KUALA LUMPUR: PAS semalam telah mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily semalam.

SUARAM SEDIAKAN KHIDMAT GUAMAN JIKA PESERTA 'BLACK 505' AMCORP MALL

Khidmat guaman disediakan oleh SUARAM – Perhimpunan Amcorp Mall. siapa perlu anda hubungi jika ditangkap kerana tidak buat salah sahaja. Simpan maklumat di Handphone anda awal awal pesanan ini dari MRM. Selamat berdemo.

PERHIMPUNAN 'SUARA RAKYAT 505' AMCORP MALL, PETALING JAYA

Anggota NGO Gabungan ‘Suara Rakyat 505′

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

SPR TIDAK AKAN LAYAN PEMBANGKANG!

Datuk Wan Ahmad Wan Omar 
Gesaan pakatan pembangkang untuk mengadakan perdebatan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan dilayan.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perdebatan tersebut dilihat tidak perlu kerana pihak yang tidak berpuas hati mengenai PRU13 boleh memfailkan petisyen kepada mahkamah.

24 Mei 2013

KETUA AMK SELAR PRESIDEN PAS

AIDCNews – 24/05/13 – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan Antarapos telah menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen dan meletakkan calon-calon yang bertindih semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” kata Shamsul dalam ucapan dasar Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK ke-9, di Petaling Jaya hari ini.

SPR HARUS TELITI PERSEMPADANAN PILIHANRAYA - PKR


PKR hari ini mahu sebuah suruhanjaya baru yang bebas, telus dan profesional dibentuk untuk meneliti urusan persempadanan kawasan pilihan raya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan semula yang didakwanya didalangi Umno dan dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.

DAKWA KURUNG 24 PETUGAS SPR PADA HARI MENGUNDI - IDRIS JUSOH KEMUKA SAMAN

BESUT: Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh akan menyaman PKR termasuk pengarah strategi parti itu Mohd Rafizi Ramli yang menyebarkan kenyataan berhubung 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikurung bagi memangkah kertas undi di Parlimen Besut dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Saya sedang meneliti tuduhan mereka bersama peguam bagi memastikan tuduhan yang boleh merosakkan imej saya selaku Anggota Parlimen Besut itu tidak dicemarkan secara sesuka hati.

'MAHATHIRISME' : OPERASI TANGKAPAN KEMBALI - AZMIN

Tangkapan pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis pro-demokrasi baru-baru ini merupakan isyarat jelas kembalinya ‘Mahathirisme’, apabila taktik keras didakwa digunakan bagi menghalang pembangkang, dakwa PKR.

Penangkapan mereka semalam bawah Akta Hasutan “kembali pada hari-hari (bekas perdana menteri) Mahathir”, apabila orang awam yang ditahan kerana “mempertegas hak-hak sivil” mereka, kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini.

SEORANG LAGI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT AKAN DIDAKWA

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su
Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dijangka akan didakwa Isnin depan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) berkaitan satu perhimpunan selepas pilihan raya di Ipoh dua minggu lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pemimpin DAP itu mengesahkan perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei.

TINGKAT USAHA BERSAMA NGO BANTAH PENIPUAN PILIHANRAYA - AZMIN

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata bantahan terhadap dakwaan berlakunya penipuan dalam proses pilihan raya perlu diteruskan dan dipertingkatkan usaha secara bersama dengan pelbagai NGO termasuk BERSIH.

Katanya, cadangan pembentukan Tribunal Awam oleh Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan NGO itu harus menjadi medan untuk rakyat mengemukakan bukti dan bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang tidak demokratik.

DAKWA DIPUKUL POLIS : DUA PESERTA 'NYALAAN LILIN' ADAM ADLI BUAT LAPORAN


Dua orang peserta program nyalaan lilin menyokong aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, membuat laporan hari ini mendakwa mereka dipukul oleh anggota polis pada malam tersebut.

Chua Siaw Ping, 39, dan Teh Chia Lung 31, membuat laporan itu di balai polis Dang Wangi tengahari tadi.

MAHKAMAH TOLAK MOHON REMAN : TIAN CHUA, HARIS DAN TAMRIN BEBAS TANPA SYARAT

Gerakan 'Bebaskan Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar' menunjuk perasaan di luar balai polis di Jinjang, Mei 25 2013. - Gambar oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 24 Mei — Polis hari ini melepaskan tiga individu yang ditahan untuk siasatan dibawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan selepas majistret menolak permohonan untuk melanjutkan reman.

Pakatan Rakyat (PR) semalam menyifatkan penangkapan tersebut sebagai sebahagian tindakan keras polis ke atas pemimpin pembangkang.

' PATHMANABHAN ADA MOTIF BUNUH SOSILAWATI ' - HAKIM DATUK AKHTAR

Tiga tertuduh, R Matan (dua, kiri), T Thilaiyalagan (tiga, kiri) dan Pathmanabhan (depan) diiringi anggota polis selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.
SHAH ALAM – Hakim Datuk Akhtar Tahir memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mempunyai motif untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya kerana tersepit isu penjualan tanah di Pulau Pinang.

Akhtar berkata, isu penjualan tanah itu melibatkan Sosilawati dan bekas Adun Sementa, Datuk Abd Rahman Palil.

ABANG NON - SAH MAHU WUJUDKAN NEGARA REPUBLIK

GAYA SEORANG MENTERI LUAR TABIE
Abang Non seorang ahli politik yang nampak cerdik tetapi sebenarnya tidak, malah lebih kurang sama seperti kecerdikan seekor burung unta.

Kebodohannya terserlah sejak beliau mula beriya-ria nak menjadi timbalan presiden Umno lagi, walaupun dia mampu memperdaya akan orang lain pada peringkat mula tetapi akhirnya membuatkan mangsa atau pengikutnya berfikir semula bahawa apa yang abang Non lakukan adalah untuk mengangkat dirinya sahaja.

PKR : RAMPASAN SUARA KEADILAM BERMOTIF POLITIK DENDAM


Kenyataan Setiausaha Agung KEADILAN,
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Belum pun 10 hari Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak kembali memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, tindakan keras dan tidak demokratik kerajaan Umno/Barisan Nasional telah berterusan dan keangkuhan beliau juga kini terserlah semula apabila ribuan naskah akhbar lidah rasmi Parti KEADILAN Rakyat, Suara KEADILAN telah dirampas dari kedai-kedai pembekal dan pengedar di seluruh negara.

ZAHID BIMBANG : 133,000 MYKAD HILANG DALAM TEMPOH TIGA BULAN

PUTRAJAYA: Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata, kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah.
“Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. 

HIMPUNAN SABTU INI TETAP DITERUSKAN - CIKGU BARD

SHAH ALAM – Himpunan “Suara Rakyat 505” pada Sabtu ini akan tetap diteruskan meskipun beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang semakin ramai ditangkap kerana disyaki mengeluarkan kenyataan yang berbuar hasutan dan boleh menimbulkan keganasan.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) menegaskan meskipun beliau sendiri ditahan pihak polis namun anak muda tekad untuk merealisasikan himpunan itu yang bakal mengumpulkan ribuan rakyat untuk menuntut sistem demokrasi yang adil dan membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pada 5 Mei lalu.

ZAHID USAH GUNA KDN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK - SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menempelak Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan bertanya mengapa Naib Presiden Umno itu mempertahankan rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009.

“Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU 12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?,” kata Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shahrin.

KDN RAMPAS RIBUAN NASKAH HARAKAH, THE ROKET DAN SUARA KEADILAN !!!

Tiga organ parti dalam Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjalankan operasi merampas naskhah akhbar berkenaan di beberapa negeri hari ini.

KDN dalam kenyataannya petang ini menyebut, operasi rampasan naskhah Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket itu dibuat kerana penerbitan itu didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.

TIAN CHUA, HARIS IBRAHIM DAN TAMRIN DITAHAN

Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini. 

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari. 

23 Mei 2013

ROGOL KENALAN FACEBOOK - 11 TAHUN PENJARA

KOTA BHARU – Seorang pemuda berusia 20 tahun terpaksa mengorbankan usia mudanya di penjara apabila dihukum penjara selama 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini, semalam kerana kesalahan rogol.

Hukuman diputuskan Hakim Mohd Yusuff Yunus selepas tertuduh, Mohamad Najibullah Razali, 20, mengaku bersalah merogol wanita yang dikenalinya di facebook.

MAHATHIR, KHATAMI MINTA OIC KAJI SEMULA SECARA MENDALAM PERPECAHAN ANTARA PUAK SUNNAH, SYIAH

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas presiden Iran Mohammad Khatami pada Rabu meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membentuk sebuah pasukan petugas bagi mengkaji secara mendalam perpecahan yang berlaku antara puak Sunnah dan Syiah.

Dalam rayuan bersama yang bertujuan menamatkan keganasan dan pertumpahan darah antara kedua-dua puak itu, dua pemimpin terkemuka tersebut berkata pasukan petugas berkenaan mungkin dapat mengemukakan cadangan konkrit untuk diambil tindakan oleh para pemimpin ummah dan politik berhubung perkara itu.

OPS SAYANG : BILIK RAHSIA TERBONGKAR

JOHOR BAHRU – Seramai 12 wanita warga Indonesia ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Sayang di premis kedai dua tingkat sekitar bandar raya ini, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa di Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata, kesemua wanita terbabit yang ditahan dalam serbuan jam 1.05 pagi itu berusia antara 23 hingga 34 tahun.

GARA-GARA INGIN MENJADI AGEN 007 - PRU 13

"Saya dan semua mangsa lain diberitahu, jika terpilih menjadi perisik, kami akan menjalani latihan intensif selama sembilan bulan di Hulu Kinta, Perak selain berpeluang menggunakan pistol jenis Glock dan Sig Sauer sewaktu bertugas." 

“Itu yang membuatkan kami tertarik dan tidak kisah untuk membayar wang pemerosesan, tambahan pula gaji ditawarkan agak lumayan,” kata Mohd Faizul Dilla, 28 yang ditemui selepas membuat laporan polis bersama 19 lagi mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, di sini, baru-baru ini.

CABAR POLIS : 18 DITAHAN DI JINJANG


KUALA LUMPUR: Menurut laman Twitter milik Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang, 18 orang telah ditahan di depan Pusat Tahanan Jinjang ketika perhimpunan untuk memberi sokongan kepada Adam Adli : 

Antara yang ditahan ialah empat wanita berbangsa Cina, tiga lelaki Melayu dan selebihnya lelaki berbangsa Cina. 

KEHILANGAN PELANCONG WARGA CINA DALAM MESTI DISIASAT !!

Selepas PRU 13, keadaan politik dalam negara agak kucar kacir seketika... Penentangan terhadap penubuhan kerajaan baru yang diterajui oleh barisan nasional banyak mendapat tentangan dari puak pakatan..  

Jika dilihat, tambahan undi cina pada PRU 13 naik dengan begitu mendadak.. Kenyataan Pak Lah dalam laporan berita harian pada tahun 2005 bertajuk '50,000 RIBU PELANCONG CINA HILANG' masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Adakah kesemua warga cina yang hilang itu sudah ditemui atau sehingga kini tahun 2013 angka kehilangan itu semakin bertambah? 

SELAMAT TINGGAL ANWAR : KENYATAAN MEDIA MUKHRIZ

KENYATAAN MEDIA

YAB DATO' PADUKA HJ 
MUKHRIZ MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH 
DARULAMAN

Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. 

22 Mei 2013

MAHFUZ BERI AMARAN KEPADA MUKHRIZ AGAR HORMAT SUARA RAKYAT !!

Ribuan hadiri perhimpunan Kedah, Mahfuz beri amaran 
kepada BN jangan cari pasal 
Ribuan menghadiri perhimpunan Black 505 di sini malam tadi dan ketua PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar memberi amaran kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) agar jangan mencari pasal kerana majoriti rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR).

Mahfuz menganggarkan lebih 50,000 orang hadir di luar ibu pejabat PAS itu turut menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mukhriz Mahathir kerana memberi amaran terhadap penganjuran perhimpunan tersebut. 

PERHIMPUNAN PEMBANGKANG - MUKHRIZ LARANG GUNA STADIUM

Beberapa hari lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.

[VIDEO] MOHD NOOR MEMANG PATUT DICELA ' PENGKHIANATAN CINA ITU BENAR'

Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam “Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah”.

Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

GADIS BERKAHWIN PADA USIA 13 TAHUN GEMBIRA KEHIDUPAN RUMAHTANGGA

Nur Fazira Saad, 14, menghidangkan air kepada suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kedah. Pasangan bahagia ini berkahwin tahun lepas.
KULIM: Walaupun berkahwin pada usia 13 tahun pada tahun lepas, Nur Fazira Saad dan suami yang kini berusia 20 tahun tidak menyesal.

Nur Fazira berkahwin dengan Mohd Fahmi Mohamed Alias, seorang pemetik buah-buahan.

Beliau berkata telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.

PERKAHWINAN GADIS 13 TAHUN DENGAN LELAKIA 40 TAHUN JADI KES ROGOL - MENTERI

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah mengambil langkah bagi memastikan kanak-kanak 13 tahun yang dikatakan menjadi mangsa rogol diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan mereka dan dalam masa yang sama cuba membatalkan perkahwinannya dengan seorang lelaki yang dituduh mempunyai hubungan seks dengannya.

Mengumumkan perkara ini, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad yang merayu kepada pihak pendakwaan untuk meneruskan pertuduhan rogol terhadap pengurus restoran, Riduan Masmud, 40.

MASIH LAGI TENTANG PENYOKONG PR MEMBANTAH PENAHANAN ADAM ADLI

SHAH ALAM – Susulan penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan, dunia siber malam tadi seolah-olah “dibanjiri” dokongan tidak berbelah bahagi kepada anak muda ini.

Tidak cukup kata-kata semangat di laman sosial Facebook, Twitter, blog, malah ribuan dari pelusuk tanah air, tanpa mengira kaum, berhimpun di hadapan Balai Polis Jinjang dan di beberapa lokasi lain bagi memberi sokongan kepada Adam Adli.

PEMIMPIN DAP TAK FAHAM BAHASA MELAYU, ELOK MASUK SEKOLAH SEMULA! - MENTERI KDN

Apabila seorang Ketua Menteri hadir dan bersuhabat dalam perhimpunan yang tidak mendapat permit polis @ perhimpunan haram, rakyat boleh dapat menilai mentaliti dan tahap hormat Ketua Menteri kepada undang-undang negara ini.

Apatah lagi jika beliau itu adalah Setiausaha Agung parti DAP yang berdepan dengan pelbagai masaalah maruah parti yang bukan sahaja amat memalukan tetapi menjadi bahan lawak untuk rakyat sekalian.

MUHYIDDIN PULA TUNJUK 'POWER'

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) membuat pengubahsuaian dalam Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA).

Dong Zong pada 1 April lalu, sebelum pilihan raya umum ke -13 telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berbincang tentang pengiiktirafan UEC, namun tiada sebarang kata putus dicapai.

MANSUH DEWAN NEGARA AGENDA DAP HAPUS KUASA MELAYU

Agenda jahat parti rasis dan perkauman Cina, Dap semakin terserlah apabila pengerusi kebangsaannya Karpal Singh mencadangkan pemansuhan peruntukan bagi kewujudan Dewan Negara di dalam Perlembagaan Malaysia.

Alasan yang diberikan iaitu Dewan Negara tidak diperlukan dan hanya membazir wang rakyat adalah dangkal, tidak masuk akal dan tidak bertapak kepada asas-asas ilmu perlembagaan.

PAS DAN DAP TOLAK ANWAR GULING KERAJAAN

Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.

FUZIAH TORRON YANG BODOH, ATAU BUDAK MUDA NIE DIPERBODOHKAN..??

Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan. Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

RAZALI SOKONG TUNKU AZIZ TERUS DEDAH PARTI DAP

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman menyokong tindakan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meneruskan pembongkaran rahsia dalaman parti itu.

Ini kerana selama ini DAP sering melemparkan tuduhan kepada parti lawan, seolah-olah parti itu terhindar dari sebarang perbuatan yang salah.

HIMPUNAN SABTU INI TIDAK PENUHI SYARAT - PDRM

ACP Arjunaidi Mohamed
PETALING JAYA - Himpunan yang akan diadakan secara besar-besaran Sabtu ini oleh gabungan membantah keputusan PRU13 belum dimaklumkan kepada pihak polis, ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis akan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

BILA AGAKNYA DRAMA INI AKAN BERAKHIR !!

Jika kita amati, bermula dari tahun 1982 sehinggalah 2013, tidak ada satu onar pun di Malaysia ini yang tidak melibatkan Anwar Ibrahim. Sekalipun di belakangnya adalah DAP dan kuasa asing, hakikatnya Anwar Ibrahim sendiri merupakan orang yang paling cekap menjalankan jarum subversif di negara ini walaupun pada ketika dia berada dalam UMNO dan menjadi anggota kabinet.

Keputusan PRU13 telah pun diketahui. Biarpun Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen Malaysia, tetapi dengan 133 kerusi Parlimen, sudah cukup untuknya memimpin sebuah kerajaan dengan dia sendiri kekal sebagai seorang Perdana Menteri. Malah lebih hebat lagi apabila Najib Abdul Razak membuktikan, dia mendapat sokongan kuat daripada Melayu dan Bumiputera sekalipun kehilangan undi Cina dan India.

DIA BERCAKAP SEORANG DIRI... DAH SAH GILA

Walaupun tidak ramai yang mendengar khabar angin ini, perkara ini sudah tersebar di seluruh negara dari mulut ke mulut. 

Beberapa hari lepas, Dato Seri Anwar Ibrahim berada di Pulau Pinang. Khabarnya Anwar kurang sihat dan pergi ke Hospital pakar. Secara kebetulan, seorang muda pun ada di situ untuk urusan dirinya atau keluarga, tidak pasti. Ternyata pasti dia melihat Anwar terkumat kamit tak henti bercakap-cakap.
 

HENTIKAN SEGERA ANWAR SEBELUM TERLAMBAT

SEBAHAGIAN wakil NGO membuat demonstrasi di Jalan Kampung Daik
membantah perhimpunan Blackout 505 oleh pembangkang
di Kuala Ibai, yang dijadualkan esok.
Kira-kira lebih 200 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa menghalang siri perhimpunan haram pembangkang bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu yang dirancang diadakan di negeri itu.

Malah, mereka turut menggesa Kementerian Dalam Negeri tidak lagi bertolak ansur dengan sikap pembangkang yang mencabar dan mengetepikan undang-undang kerana dibimbangi akan mencetuskan huru-hara.

ANWAR TIDAK KOMITED BERDAMAI - JUSUF KALLA

JUSUF KALLA
Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengakui usaha beliau untuk mendamaikan perseteruan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan tercapai 100 peratus.

Perkara tersebut, jelas beliau, disebabkan sikap Ketua Pembangkang itu sendiri yang tidak komited terhadap usaha tersebut.