24 Mei 2013

ABANG NON - SAH MAHU WUJUDKAN NEGARA REPUBLIK

GAYA SEORANG MENTERI LUAR TABIE
Abang Non seorang ahli politik yang nampak cerdik tetapi sebenarnya tidak, malah lebih kurang sama seperti kecerdikan seekor burung unta.

Kebodohannya terserlah sejak beliau mula beriya-ria nak menjadi timbalan presiden Umno lagi, walaupun dia mampu memperdaya akan orang lain pada peringkat mula tetapi akhirnya membuatkan mangsa atau pengikutnya berfikir semula bahawa apa yang abang Non lakukan adalah untuk mengangkat dirinya sahaja.

1993 abang Non melantik semua CEO yang ada kepentingan dalam kerajaan dengan orangnya. malah universiti awam pun dikacau-bilau kan oleh abang Non. Universiti yang ketara rosak di porak perandakan ialah UIA,  (rujuk kenyataan bekas-bekas pensyarah yang lari dari beliau seperti Dr Sidek Baba dll). Malah dengan muka tak malu beliau mengaku kepada dunia bahawa UIA adalah ilham dari pemikiran beliau.

Kebodohannya terus didedahkan satu persatu, dari dalam penjara dan hinggalah kegiatan sumbang dalam dan luar negara. Setiap inci pergerakan abang Non akan dicatatkan. Sekian masa, sekian tarikh, sekian tempat, jumpa siapa, bincang apa, buat apa, semuanya dicatat.

Abang Non ni satu kelemahannya ialah dia suka canangkan apa yang akan beliau lakukan, contohnya isu Sabah, awal-awal lagi beliau dah dendangkan lagu ' tanya sama pokok' 
(rujuk you tube yang TM upload). 

Kisah beliau nak jadikan Malaysia sebagai republik pun sudah diketahui umum dengan cadangan beliau supaya dihapuskan sistem raja berparlimen atau raja berpelembagaan.

Kini setelah kalah PRU 13, abang Non terus bermain dengan isu Undi Popular. Menurut abang Non, pembangkang sejak 2008 lagi sudah menang melalui undi popular. 

Memang betul berdasarkan jumlah undi keseluruhannya Dap, Pkr dan Pas mendapat lebih undi berbanding BN. tetapi dalam menentukan siapa perdana menteri ia tidak bersandarkan undi popular. Kita bersandarkan kepada kawasan dan pecahan parlimen dan dewan Dun. Kita mengambil kira berapa kawasan parlimen dan Dun yang menang, bukan dijumlahkan kesemua jumlah pengundi satu negeri dan satu Malaysia.

Perak pada PRU 12 tahun 2008, BN mendapat 404,106 undi dan pembangkang mendapat 444,123 undi dan Perak jatuh ke tangan pembangkang walaupun BN menang 28 kerusi, tetapi terpaksa akur kepada Pas yang menang 6 kerusi, Dap 18 kerusi dan Pkr 7 kerusi. 

Pada PRU 13 awal bulan ini, BN hanya mendapat 512,451 undi berbanding pembangkang yang mendapat 624,344 undi tetapi berdasarkan kawasan BN menang di 31 kawasan Dun berbanding Pas, Pkr dan Dap yang hanya menang 28 kawasan dan Perak kekal milik BN kali buat kali ini.

Menurut Datuk Ahmad Maslan dalam analisanya pakatan pembangkang hanya mendapat kelebihan undi popular di lima negeri iaitu di Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan sahaja.

Undi popular mereka cuma 49.9 peratus, undi popular Barisan Nasional (BN) 47 peratus, tiga peratus lagi itu undi rosak dan undi calon Bebas. BN mendapat undi popular di sembilan negeri melebihi pembangkang yang mendapat undi popular di lima buah negeri sahaja.

Auta Abang Non
Kesimpulannya ialah abang Non janganlah nak main isu undi popular, pengarang Harakah Subky Latif pun telah menulis dalam akhbar Pas berjudul 'Semua tahu undi popular tak ubah apa-apa'

Justeru, janganlah main isu ini wahai abang Non kerana ia menunjukkan kebodohan sendiri yang mahu jadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik seperti Singapura dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan