23 Mei 2013

KEHILANGAN PELANCONG WARGA CINA DALAM MESTI DISIASAT !!

Selepas PRU 13, keadaan politik dalam negara agak kucar kacir seketika... Penentangan terhadap penubuhan kerajaan baru yang diterajui oleh barisan nasional banyak mendapat tentangan dari puak pakatan..  

Jika dilihat, tambahan undi cina pada PRU 13 naik dengan begitu mendadak.. Kenyataan Pak Lah dalam laporan berita harian pada tahun 2005 bertajuk '50,000 RIBU PELANCONG CINA HILANG' masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Adakah kesemua warga cina yang hilang itu sudah ditemui atau sehingga kini tahun 2013 angka kehilangan itu semakin bertambah? 

Bayangkan jika pada tahun 2005 sahaja seramai 50,000 orang warga cina hilang setahun, bermakna jumlah mereka yang hilang sehingga kini jika dihitung panjang selama 8 tahun lebih kurang dekat 350,000 warga cina yang hilang atau menetap di Malaysia.

Sindiket kahwin kontrak antara perempuan warga cina dengan lelaki cina Malaysia cukup banyak kita dengar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan kecekapan orang cina memberi rasuah, rasanya tidak mustahil mereka yang berkahwin dengan warga tempatan atau terbabit dalam sektor lain semuanya telah memiliki mykad dan bertukar taraf menjadi warganegara dan sudah tentu mereka semua boleh mengundi. 

Itu yang kita lihat pelancong dari China, tetapi bagaimana pula dengan kehilangan pelancong dari Vietnam, Cambodia, Thailand dan lain-lain negara yang mempunyai iras yang sama seperti cina. Bila pihak terbabit membuat operasi, kebanyakkan yang ditangkap hanyalah warga Indonesia, Bangladesh, India dan lain-lain warga yang  biasanya mempunyai warna kulit lebih gelap dari warna kulit orang melayu.

Berdasarkan kenyataan (gambar) dibawah, maka tidak hairanlah kemenangan besar DAP di Pulau Pinang adalah dengan bantuan pengundi baru dari warga cina yang hilang ini.

Jika pihak yang berkaitan tidak bertindak dari sekarang, percayalah jumlah warga asing yang hilang dalam negara akan semakin bertambah dan ini akan membuatkan negara kita terus dibanjiri orang asing berkerakyatan 'segera'. Bila disebut berlakunya 'tsunami cina' sekarang, maka pada PRU 14 nanti jangan terkejut peratus kaum cina akan melebihi kaum melayu di Malaysia.

Pihak KDN harus pantau dengan bantuan dari Jabatan Imigresen, Polis, RELA dan jabatan berkaitan untuk mengatasi masalah ini... - Lipan Bara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan