22 Mei 2013

FUZIAH TORRON YANG BODOH, ATAU BUDAK MUDA NIE DIPERBODOHKAN..??

Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan. Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.

Persoalannya LB yang musykil dengan statement budak ni..

Dia cakap pergi undi 2 kali tapi kali kedua tu dia tak buang undinya.

Lagipun setelah nama pengundi dibaca di hadapan agen/wakil calon, namanya akan digariskan (dipotong) oleh petugas SPR mahu pun agen calon. Takkan la masa tu tak potong langsung nama budak ni pada kali pertama?

Pada hal masa kita mengundi pun nama disebut depan mata kita kan? Nama dipotong pun depan mata kita kan?

Kebetulan? Mustahil.. Dan boleh jugak tunjuk bukti kertas undi yang dia simpan tu nak tengok.....Korang fikirlah sendiri yer, sape betul sapa salah. Jangan terus terima andaian orang lain.
*** Agak-agak la Fuziah Torron oii kalau nak putar.. ko dah tersilap ajar budak hingusan ni untuk bagi statement... cuba bayangkan, kali pertama budak ni mengundi pada pukul 10.30 pagi.. dan dia pegi mengundi buat kali kedua adalah pada pukul 1.15 petang di lokasi dan saluran yang sama... 
Bagaimana dia boleh melepasi petugas SPR buat kali kedua sedangkan semasa kali pertama namanya telah dipotong dan dilaungkan... jarak para petugas dan peti undi bukanlah jauh sangat... mereka boleh melihat dengan jelas apa yang kita lakukan... 
Keduanya, aku rasa dia hanya pergi mengundi sekali sahaja dan budak ni memang sengaja tidak membuang kertas undinya kedalam peti undi untuk dijadikan bukti.... Takkan nama yang dah dipotong kali pertama petugas tidak perasan semasa dia hendak mengundi kali kedua... auta je la... 
Dah kalah tak payah la nak meroyan menyalahkan orang lain... terima aje la dengan hati yang tenang... - LB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan