17 Mei 2013

BARU PEGANG JAWATAN MDN - ZAHID SUDAH BAGI AMARAN KERAS

Sudah lama kita menantikan kehadiran seorang Menteri yang tegas dalam membuat kenyataan.

Sejak Zahid Hamidi menerajui Kementerian Pertahanan kita sudah diperlihatkan dengan ketegasan Zahid apabila membuat keputusan.

Lihat sahaja bagaimana Zahid mengambil pendekatan di dalam menangani isu pencerobohan tentera Kiram di Lahad Datu.

Nampaknya, keputusan Perdana Menteri meletakkan Zahid untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri telah mengembalikan keyakinan rakyat kepada KDN yang selama ini telah menjadi punca kemarahan rakyat terutama kepada bekas menteri kementerian itu sehinggakan bekas menteri kementerian itu dilabelkan dengan pelbagai panggilan manja yang menjengkelkan.

"Jika anda tidak suka dengan cara ini, anda boleh berpindah dan berhijrah daripada Malaysia".

Itu antara ayat awal yang terpacul keluar daripada mulut Zahid kepada rakyat Malaysia yang 'kurang gembira' dan yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada di Malaysia.

Blogger JUST READ di dalam artikel terbarunya menceritakan dengan panjang lebar tentang kenyataan Zahid itu.

Semoga kehadiran Zahid di KDN mengembalikan nama baik KDN yang sedikit tercalar sejak kebelakangan ini. Bertindaklah Zahid demi menjaga keamanan negara.

Rakyat Malaysia jumlahnya sekitar 28 juta orang dan jika perlu ditangkap sejumlah 1 juta rakyat Malaysia yang cuba menghancurkan keamanan negara, tangkap sahajalah kerana di belakang anda ada 27 juta lagi rakyat Malaysia yang akan sentiasa menyokong anda demi keamanan.

Syabas Zahid!!!

p/s: Kita menanti aksi Hishamuddin di MINDEF dengan penuh debar!!! Wake up bro Hisham!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan