14 Mei 2013

MUSA AMAN RAYU ANWAR TERIMA MANDAT RAKYAT

KOTA KINABALU, 13 Mei — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menerima mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), pada 5 Mei lalu dan bergerak ke hadapan demi untuk kebaikan negara.

Ketika membuat gesaan itu, Musa (gambar), yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, meminta pembangkang supaya menghentikan rekaan dakwaan penipuan oleh BN semata-mata untuk menghasut rakyat.

“BN telah kehilangan beberapa kerusi di Sabah dan anda tidak dengar kami membangkitkan isu salah laku…sebaliknya kita akan mengkaji kelemahan kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Hari in Anwar membuat perhimpunan di stadium dan esok apabila masih tidak puas hati, dia akan melakukan di jalanan bagi menghasut rakyat supaya menimbulkan kekacauan. Adakah ini jenis Malaysia yang kita inginkan?, katanya.

Musa mengulas bantahan Anwar terhadap keputusan PRU13 yang didakwa dicemari dengan unsur penipuan.

Beliau berkata pemimpin dunia telah menerima mandat rakyat dan turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kejayaan BN.

“Oleh itu, sila menjadi seorang budiman dan menerima mandat rakyat dan membenarkan semua rakyat Malaysia meneruskan kehidupan masing-masing. Jangan benarkan perjuangan seorang ini untuk mengaburi pilihan anda,” katanya.
Jika perkara ini terkena Musa Aman sendiri juga rasanya dia akan menentang ketidakadilan pilihan raya. Jangan bimbang ramai rakyat majoriti termasuk penulis yg merasa momentum menegakkan keadilan PRU13 masih kuat dan mesti diteruskan. 
Cuma jangan di provoke oleh samseng UMNO sudahlah…bahaya kerana rata rata perserta perhimpunan bukan radikal fanatik cuma mereka mahu adil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan