14 Mei 2013

KHATIJAH AM ' AL-ARQAM' KENA TAHAN DI KLIA

SEPANG 13 Mei – Balu pengasas Al-Arqam, Hatijah Aam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebentar tadi oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dia yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba di KLIA dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira pukul 11.30 pagi.

Difahamkan, sejurus tiba di KLIA, Hatijah ditahan JAIS dan terus dibawa ke Shah Alam untuk disoal siasat.

Bagaimanapun, usaha petugas media untuk merakam gambar Hatijah tidak berjaya kerana dia dibawa JAIS melalui pintu keluar di bahagian lain.

Turut kelihatan kira-kira 20 orang dipercayai bekas pengikut Al-Arqam yang berkumpul di balai ketibaan KLIA menanti kepulangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan