18 Mei 2013

PENGUNDI HANTU MAHU AMBIL TINDAKKAN UNDANG-UNDANG

Seorang kakitangan Indah Water Konsortium ingin mengambil tindakkan undang-undang terhadap laman web salah seorang pro pembangkang kerana mendakwa beliau adalah ‘pengundi hantu’. Raja Mohamad Nazrul – 27 tahun menegaskan penyiaran gambar beliau yang berjaya ditangkap telah menyebabkan repotasinya terjejas. 

Raja Mohamad Nazrul menjelaskan dia telah dipandang serong dan dihina oleh masyarakat kerana disangka bahawa beliau adalah warga Bangladedsh. 

“Saya merasa agak terkejut apabila terlihat gambar saya didalam internet, sehari selepas itu gambar saya disebarkankan di dalam laman social Facebook," kata Raja Mohamad Nazrul. 

"Semasa hari mengundi, ramai orang menjerit-jerit menuduh saya Bangla.. Saya sedar tentang gambar saya bila keluar makan, ramai orang memerhatikan saya,” jelasnya lagi.. 

Raja Mohamad Nazrul telah ditemui dalam satu sidang media untuk membersihkan namanya di pejabat parti Gerakan di Ipoh. 

Sementara itu, Ketua Biro Undang-undang Parti Gerakkan dan Barisan Nasional Perak, Ong Teng Boon mengecam sikap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah dan Ong menegaskan perkara sebegini tidak patut berlaku di Malaysia yang menjunjung prinsip demokrasi.- LB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan