23 Mac 2013

POLITIK KRISTIANISASI - KESINAMBUNGAN PERANG SALIB

“Pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40″, kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia.”
(Laporan Bernama dalam majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California).

“Siasah(politik) antarabangsa hari ini tertegak atas hegemoni tamadun Barat Kristian yang diserap oleh pengaruh Zionis. Dunia Islam dikekang dengan perjanjian-perjanjian yang dipaksakan, undang-undang antarabangsa yang tidak adil, Majlis Keselamatan yang diberi mandat mengenakan tindakan
sekatan ekonomi atau ketenteraan ke atas mana-mana negara yang derhaka mengikut telunjuk Amerika.”
(AGM ISMA 2006)

Rencana yang sebenar berlaku di Malaysia adalah di bawah perancangan National Evangelical Christian Fellowship Malaysia (NECF).

Walaupun dalam terang-terang bishop ini melangkah masuk ke kandang politik namun dia didahului badan-badan evangelis lain yang sanggup bergandingan bahu dengan DAP.

10 hari sebelum pilihanraya umum ke-12, NECF telah membuka pintu kepada DAP dengan menganjurkan pertemuan pada 27 Feb 2008 di antara 200 orang pastor serta pemimpin agama dari 40 buah gereja di Lembah Klang dan calon-calon pilihanraya DAP.

Dalam dialog tersebut, DAP telah berpeluang membentangkan manifesto mereka kepada masyarakat Kristian. Delegasi DAP diwakili Lim Guan Eng, Tony Pua, Teresa Kok, Hannah Yeoh dan Dr Cheah Wing Yin. – Sumber: Buletin NECF

Pasca pilihanraya Sarawak 2011, Mohamed Razali Bin Abd Rahman, bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP menyaksikan sendiri majlis ikrar paderi di Hotel Little Rock Jelutong, Pulau Pinang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kristian. Beliau pernah buat laporan polis tetapi beberapa orang telah mengarahkannya agar menarik balik laporan itu, iaitu
(i) Mat Sabu
(ii) Lim Guan Eng dengan tawaran RM1juta dan bercuti di Melbourne
(iii) seorang paderi yang memberikan tawaran yang lumayan.

Majlis ikrar ini diadakan sebagai meraikan pastor-pastor dari Sarawak dan Luar Negara yang telah membantu DAP di Pilihanraya Negeri Sarawak.

Menariknya, Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai turut bersatu hati dengan menyanggah laporan Utusan (7 Mei 2011) yang bertajuk ‘Kristian agama rasmi?’

Kata Liow kepada The Malaysian Insider (8 Mei 2011):
“Normal people in this country would not go and think about all these things.”

Masyarakat Kristian pribumi Sabah & Sarawak pada masa ini menyokong BN. Masyarakat Kristian semenanjung menyokong PR. Sebab itulah DAP mencatur langkah ke Sarawak & Sabah, dan sudah berjaya mengalih undi Kristian Cina.

Undi penentu siapa duduk Putrajaya akan ditentukan oleh undi “simpanan tetap BN” di Sabah & Sarawak. Jadi tidak hairanlah DAP begitu kuat sekali memainkan isu-isu Kristian seperti kalimah Allah, edaran kitab Injil serta mengeluarkan Deklarasi Kuching.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan