23 Mac 2013

RAFIZI RAMLI CUBA KAITKAN UMNO - INSIDEN LAHAD DATU TIDAK BERHASIL

Apa lagi aku mahu putar-belitkan?

Dakwaan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menuduh bahawa Agbimudin Kiram, adik Jamalul Kiram telah diberikan kerakyatan negara ini melalui Projek IC oleh pemimpin UMNO (sila klik sini).

Malah tuduhan Rafizi itu memperlihatkan keterdesakan pihak pembangkang untuk mengaitkan UMNO dengan insiden Pencerobohan Lahad Datu baru-baru ini, setelah beberapa media antarabangsa termasuk Reuters melaporkan bahawa insiden tersebut mempunyai kaitan dengan pemimpin pembangkang.
 
Ketika ini, pihak pembangkang ternyata gagal memutar-belitkan isu insiden Lahad Datu apabila media antarabangsa memberikan bukti bahawa pemimpin pembangkang termasuk Anwar Ibrahim merupakan "pencetus" kepada insiden itu

Bukti-bukti yang diberikan Rafizi untuk mengaitkan UMNO dengan insiden Lahad Datu ternyata begitu rapuh dan goyah, memandangkan Agbimudin Kiram didakwa menjawat jawatan dalam kerajaan Sabah bermula 1 Mac 1974, manakala ketika itu UMNO masih belum bertapak di Sabah dan Tun Dr. Mahathir belum lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pun.

Seandainya dikaji daripada kerangka masa, timbul beberapa keraguan dengan bukti-bukti yang dilontarkan Rafizi itu. Namun sehingga ke hari ini, Rafizi gagal menjawab persoalan dilontarkan sebaliknya cuba menukar topik di blognya dan memberikan fokus kepada blogger pro-UMNO, Papa Gomo. 

Persoalannya, mengapa Rafizi perlu "mengubah" topik di blog seandainya dia berjaya membuktikan bahawa segala yang berlaku memang mempunyai kaitan dengan UMNO?

Jelas, Rafizi kali ini checkmate dalam permainan sendiri. Rafizi gagal menjawab persoalan yang dilontarkan berdasarkan fakta sebenar dan cubaan Rafizi menfitnah kerajaan ternyata gagal. 

Apa-apa pun, Aku harap Rafizi segera menjawab persoalan yang dilontarkan kalau benar dia memang ANAK JANTAN. Kalau tidak, aku anggap Rafizi cuma seperti anjing menyalak bukit, bukit tidak runtuh, anjing juga yang bodoh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan