19 Mac 2013

PENJELASAN ANWAR - MENGGURIS HATI RAKYAT ISLAM MALAYSIA

IMBAS KEMBALI - 24 JUN 2010
Woodrow Wilson International Center, Washington DC
Saksikan kembali bagaimana Anwar Ibrahim berucap di bawah tajuk, Islam And Democracy in Southeast Asia.


Pastinya majoriti hadirin di hadapannya adalah rakyat Amerika, Kristian, Yahudi dan mungkin yang tidak beragama hadir untuk mendengar dari mulut pemimpin Islam sendiri penjelasan berkaitan dengan Islam yang sering mereka dengar dengan versi yang berbeza. 

Dalam penjelasannya, Anwar lebih mengutamakan suara orang bukan Islam dalam Malaysia. Anwar seolah-olah datang sebagai pemimpin kepada minoriti non-muslim Malaysia untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap amalan Islam di Malaysia. 

Apabila diajukan soalan, adakah saudara menyokong negara sekular atau negara Islam? Anwar terus sahaja menjawab, "Saya tidak setuju dengan negara Islam kerana ia banyak dihuraikan dalam bentuk yang negatif. Tetapi jika Negara Islam dengan maksud kebebasan beragama, kebebasan undang-undang, ia suatu yang bagus." 

Anwar turut memperkecilkan peranan agama dalam pemerintahan. Dia langsung tidak menyokong perundangan Islam serta memperlekehkan agama Islam. Dia juga mempertikai undang-undang yang menghalang murtad kerana ia dianggap sebagai satu paksaan agama ke atas seseorang.

Tanpa ditanya, dia terus mengkritik hakim Dato' Abd Rahman (Kuantan) yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang gadis miskin (fakta yang tidak benar) kerana kesalahan minum arak.

Dia juga menghentam para ulama' yang disifatkannya suka untuk menghukum gadis miskin dan membiarkan orang kaya minum arak. SATU KENYATAAN YANG AMAT BIADAP!!! Cuba dedahkan siapa ulama' yang hendak menghukum orang miskin itu.

Cara Anwar bercakap seolah-olah dia seorang hakim atau pengadil yang berkhidmat di Amerika Syarikat sehingga dia lupa bahawa dia adalah seorang lelaki Melayu yang beragama Islam, agama yang paling adil dalam memberi hak kepada manusia. 

Manusia haramjadah inikah yang sering dijulang oleh sesetengah masyarakat Islam untuk dijadikan pemimpin di Malaysia?

Hati aku benar-benar terguris dengan ayat-ayat yang keluar dari mulutnya...

Pada aku... NO WAY!!! BOLEH JALAN SAMA KO ANWAR!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan