20 Mac 2013

KENAPA AYAM JANTAN BERKOKOK?

Fakta Menarik..!
Mengapa ayam jantan selalu berkokok ketika hampir menjelang subuh, bahkan sebelum matahari muncul? Pernahkah anda terfikir? Menurut satu kajian yang dilakukan, sebenarnya ianya ada kaitan dengan jam ‘alarm’ semulajadi yang dimiliki ayam jantan.

Menurut earthsky.org, ayam jantan berkokok kerana memiliki jam ‘dalaman’ yang membantunya mendahului terbitnya matahari. Seperti halnya burung, ayam jantan bernyanyi atau berkokok dalam kitaran harian.

Hampir semua haiwan memiliki kitaran harian masing-masing dari kegiatan yang dikenali sebagai circadian (circadian rhythm). Ini adalah ritma biologi pada haiwan, yang mengikuti kitaran siang dan malam.

Ayam jantan mendahului matahari terbit dan aktiviti mencari makanan seharian serta untuk pertahanan wilayah. Namun, jika satu ayam jantan yang lain memiliki jam dalaman yang telah diatur sedikit lebih awal, ini dapat merangsang ayam jantan lain untuk berkokok lebih awal juga.

Kokokan ayam jantan ketikat waktu subuh sebenarnya adalah suatu cara untuk “membangunkan kekuasaan” wilayahnya.

Ketika ayam berkokok, ia sebenarnya mengirimkan isyarat kepada ayam jantan yang lain bahawa jika melanggar, bererti mereka akan berperang!!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan