19 Mac 2013

LIWAT 3 : ANTARA KEBENARAN DAN FITNAH

Senario politik negara sekarang.. Isu fitnah berbangkit lagi. Ia gara-gara ada insan tidak dikenali merakam dan menayangkan kepada umum sebuah video adegan seks sejenis di dalam sebuah bilik yang tidak diketahui lokasinya. Manakala si pelaku jika diamati memang mirip dengan salah seorang ketua sebuah parti terkenal yang sering menyerang dan mendedahkan kepincangan pentadbiran parti lawannya.

Di satu pihak, pemimpin tertinggi sebuah parti unggul serta menteri-menterinya segera memberi respons agar tidak mengaitkan parti mereka dengan pendedahan video berkenaan. Pemimpin tersebut menyatakan yang penting bukan soal konspirasi, tapi yang perlu disiasat ialah isi video berkenaan. Jika ia benar, ia merupakan satu kemungkaran yang besar.

Manakala di sebelah pihak lagi, menafikan ketua parti terkenal itu adalah 'aktor' dalam rakaman berkenaan. Ianya adalah fitnah dan konspirasi politik yang bertujuan mematikan kerjaya politik ketua parti terkenal tadi.

Mereka mendakwa pemfitnah mesti dikutuk dan diingatkan laknat daripada Allah. Masing-masing menyebut soal institusi saksi (syahadah) yang sangat dititik beratkan dalam perundangan Islam. Surah An Nur diulang baca bagi menjelaskan betapa Allah tidak mahu manusia dihukum sewenang-wenangnya atas dunia dengan dakwaan mudah angkara si pemfitnah.

Dalam kerakusan isu fitnah ini, ramai ustaz dan para khatib membaca ayat 191 dan 217 surah Al Baqarah bagi membuktikan dalil haramnya 'memfitnah'. Kononnya dosa memfitnah orang adalah lebih besar dari membunuh. Ia diterjemah sedemikian rupa hanya kerana di dalam ayat berkenaan ada kalimah 'fitnah'.

Jika dikaji, terjemahan berkenaan jauh dari maksud sebenar ayat berkenaan. Kalimah 'al-fitnah' itu bukan bermaksud 'memfitnah'. Bahkan penggunaannya dalam Bahasa Arab juga tidak memberi makna menuduh orang tanpa bukti.

Dari segi bahasa ia bermaksud ujian yang besar. Manakala dalam ayat-ayat yang dinyatakan di atas, ia membawa maksud syirik dan kufur. Dengan kata lain, perbuatan syirik dan amalan kufur itu adalah lebih besar dan lebih dahsyat di sisi Allah dari membunuh dalam bulan haram.

Di dalam Al Quran, sekurang-kurangnya terdapat 22 kali diulang kalimah 'fitnah' dalam format nakirah, 8 kali disebut secara ma'rifah (al-fitnah) dan 30 kali disebut dengan kata terbitan yang lain.

Kalimah-kalimah fitnah di dalam al Quran membawa 11 maksud. Dari 11 maksud berkenaan, tidak ada satupun yang memberi makna 'menuduh orang tanpa bukti' yang difahami dalam Bahasa Melayu. 

Makna-makna berkenaan ialah:

1.   Bermaksud SYIRIK. Antara ayatnya ialah: Surah Al Baqarah 193, 217.
2.   Bermaksud KUFR. Antara ayatnya ialah: Surah Ali 'Imran 7, Surah At Taubah 48,49,  
      Surah  An-Nur 63, Al Hadid 14.
3.   Bermaksud AZAB. Antara ayatnya ialah: Surah Al Ankabut 10, AnNahl 110.
4.   Bermaksud BALA. Antara ayatnya ialah: Surah Al Ankabut 1-3, Surah Taha 40, Surah Ad 
      Dukhan 17.
5.   Bermaksud BAKAR DENGAN API. Antara ayatnya ialah: Surah al Buruj 10, Surah az-
      Zariyat 13,14.
6.   Bermaksud BUNUH. Antara ayatnya ialah: Surah An-Nisa' 101, Surah Yunus 83.
7.   Bermaksud MENGHALANG@SOD. Antara ayatnya ialah: Surah Al Maidah 49, Surah Al 
      Isra' 73.
8.   Bermaksud SESAT. Antara ayatnya ialah: As Saffat 162, Surah Al Maidah 41.
9.   Bermaksud PERMOHONAN MAAF@ Ma'zirah. . Antara ayatnya ialah: Surah Al An'am 
      23.
10. Bermaksud DIKUASAI PIHAK LAIN. Antara ayatnya ialah: Surah Yunus 85, Surah Al 
      Mumtahanah 5.
11. Bermaksud GILA@ Junun. Antara ayatnya ialah: Surah Al Qalam 5-6.

Adapun kalimah yg mungkin menanggungi makna 'tuduh tanpa bukti' yang para asatizah boleh rujuk kalimah:

1. AR-RAMYU @ qazaf (khususnya dlm bab menuduh zina/liwat),
2. IFTIRA' (biasanya digunakan trhdp dakwaan palsu tentang Tuhan). 
3. BUHTAN (tuduhan besar/rekaan rambang)...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan