18 Mac 2013

KONFLIK SULU (2) - SATU TAKHTA TIGA RAJA

Sebenarnya Kesultanan Sulu, bukan sahaja mengalami pertikaian dengan Kerajaan Malaysia berhubung tuntutan mereka mengenai Sabah dan Sarawak dimana mereka mendakwa daerah di utara Pulau Kalimantan itu adalah wilayah kedaulatan mereka.

Mereka juga menghadapi beberapa masalah didalam pentadbiran Kerajaan Sulu dari dahulu lagi. Terdapat beberapa individu yang ingin merebut takhta kesultanan Sulu selepas Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram mangkat pada 1986. Selepas kemangkatan baginda, tiga individu telah mengaku sebagai sultan Sulu yang sah, seperti Jamal Kiram III, Mudarasul Lail Alasatam Kiram dan Muizul Lail Kiram

"Saya adalah sultan Sulu yang sah," dakwa Muizul Lail Kiram dalam perbualan telefon dengan Faisal Assegaf, wartawan merdeka.com dari Indonesia, pada 14 Mac lalu.

Menurut Muizul Lail Kiram, Jamal Kiram III hanyalah orang biasa dan tidak mempunyai sebarang jawatan didalam salasilah dan pentadbiran kesultanan Sulu. 

"Dia adalah bapa saudara saya. Dia mengaku sultan dan mendapat perlindungan dari kerajaan Filipina." kata Muizul. Namun menurut Muizul, dia tidak akan menangkap Jamal Kiram III kerana beliau adalah bapa saudaranya.

Mengenai Mudarasul Lail Alasatam Kiram pula, hasil penyelidikkan dari beberapa sumber yang dipercayai, nama beliau termasuk didalam salasilah keturunan kesultanan Sulu dan merupakan anak ketiga dari Almarhum Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram serta mempunyai tujuh saudara kandung termasuk dua lelaki.

Namun Muizul Lail Kiram telah menafikan kesahihan salasilah tersebut. Dia mendakwa bahawa dia juga anak kepada Almarhum Sultan Muhammad Mahakuttah Kiram. Tetapi menafikan bahawa Mudarasul adalah saudara kandungnya. Menurutnya, dia telah bertemu dengan Mudarasul tiga tahun lalu di Kuala Lumpur. Ketika itu Mudarasul menggunakan nama asalnya, Faizal bin Abdul Naim dan berasal dari Melaka.

Muizul mendakwa kerajaan Malaysia telah melantik Mudarasul Lail Alasatam Kiram sebagai Sultan Sulu kerana tidak mahu mengungkit kembali status Sabah dan Sarawak. 

Dia juga menafikan bahawa putera mahkotanya bernama Muhammad Shawirya, lulusan dari Universiti Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim, Malang, Jawa Timur.

"Putera mahkota saya bernama Muhamad Ihsan dan masih menuntut di kelas tiga SMA. Saya memang berniat untuk menghantarnya melanjutkan pelajaran di UIN, Maulana Malik Ibrahim pada tahun ini," tutur Muizul lagi sebelum menamatkan perbualan.
Keturunan sultan Sulu berasal dari melaka? Dan kerajan Malaysia telah melantik Faizal bin Abdul Naim ( Mudarasul Lail Alasatam Kiram ) orang Melaka sebagai sultan Sulu? Bila? Biar betul mamat ni punya statement...
Sila rujuk,  Sumber 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan