17 Mac 2013

MALAYSIA TELAH MENCURI SABAH DARI KAMI - Dakwaan Sultan Sulu (1)

Konflik di Lahad Datu, sudah memakan masa hampir sebulan sehingga akhirnya pihak kerajaan menggelarkan mereka sebagai pengganas. Namun, Jamal Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai sultan Sulu menafikan gelaran tersebut dan tetap mendakwa pertempuran itu sebagai usaha merebut kembali Sabah dan Sarawak dari kekuasaan Malaysia.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah menegaskan bahawa pintu rundingan sudah ditutup selepas kerajaan menawarkan rundingan damai pada awalnya ditolak oleh mereka. Jika rundingan berlaku, pasti Sultan Sulu Mudarasulail Alasatam Kiram (sultan Sulu sah) akan menuntut kerajaan mengembalikan Sabah dan Sarawak kepada mereka. 


"Sabah dan Sarawak adalah milik Kesultanan Sulu dan selama ini Malaysia menyewa daripada kami," kata Mudarasulail.

Berikut adalah kenyataan Sultan Mudarasulail dalam perbualan telefon dengan Faisal Assegaf, wartawan merdeka.com pada hari Ahad - 10.3.2012.

Apakah komen anda terhadap konflik di Lahad Datu?
Saya berasa sedih sangat kerana Islam bertempur melawan Islam. Ini bukan cara Islam. Kenapa mesti berperang, semua boleh dirundingkan.

Adakah benar ada pertikaian wilayah antara Kesultanan Sulu dan Malaysia?
Memang benar ada pertikaian wilayah antara kami dan kerajaan Malaysia. Sabah dan Sarawak adalah milik Kesultanan Sulu dan selama ini Malaysia menyewa dari kami. Wang sewanya RM5300.00 setahun dan itu sangat sedikit jumlahnya. Selain itu, Malaysia sudah tidak mahu lagi membayar wang sewa tersebut. Kalau memang sudah tidak mahu menyewa, Malaysia mestilah menyerahkan kembali wilayah Sabah kepada kami. Kalau mereka tidak mahu, kami akan meminta pihak ketiga menengahi konflik ini.

Adakah bermakna Sabah dan Sarawak memang kepunyaan Sulu?
Sabah dan Sarawak memang milik Kesultanan Sulu sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan daripada Inggeris. Mereka telah mencuri wilayah kami.

Lalu apakah yang akan anda lakukan seterusnya?
Kami ingin sebuah penyelesaian sama-sama menyenangkan. Jika Malaysia tidak mahu menyewa lagi, maka mereka perlu menyerahkan Sabah kepada kami. Kami juga tidak keberatan bila Malaysia masih mahu menyewa. Kami sedia berdialog. Namun, kalau mereka menolak, kami akan bawa masalah ini ke Mahkamah Antarabangsa.

Jika Kerajaan Malaysia ingin terus menyewa, berapa seharusnya mereka bayar setiap tahun?
Wang sewa RM5300.00 untuk setahun. Terlalu murah dan itu tidak adil dalam Islam.

Jika begitu berapa yang sepatutnya Kerajaan Malaysia bayar?
Kami tidak mahu hanya bercerita masalah soal bayaran. Mereka harus mengakui Sabah dan Sarawak adalah milik Kesultanan Sulu. Mereka telah merosakkan warisan sejarah kami, mereka perlu akui itu.

Bagaimana jikalau Malaysia masih mahu terus menyewa?
Saya harus lebih dulu mempunyai perjanjian kontrak dengan kerajaan Malaysia, jadi semua jelas.

Sekiranya perjanjian sudah dicapai, berapakah mereka harus bayar?
Mereka harus membayar wang sewa tahunan sebanyak setengah dari jumlah keseluruhan pendapatan wilayah Sabah dan Sarawak.

Jika begitu, berapa lama anda akan menyewakan Sabah dan Sarawak kepada Malaysia?
Hanya sepuluh tahun sahaja. Selepas itu, mereka harus mengembalikan kepada kami. 

Adakah benar Jamal Kiram III adalah sultan Sulu palsu?
Dia adalah bapa saudara saya, sepupu dari ayah saya, sultan Sulu sebelumnya. Jadi, tidak mungkin dia menjadi sultan. Saya adalah sultan Sulu yang sah. 

Adakah anda akan menangkapnya kerana telah mengaku sebagai sultan Sulu?
Saya tidak mungkin menangkapnya kerana dia adalah bapa saudara saya. 

Apakah jawatan Jamal Kiram III dalam taktha Kesultanan Sulu?
Dia hanya warga biasa, tidak ada jawatan apa-apa, baik di parlimen atau kerajaan. 

Adakah yang bertempur di Lahad Datu bukan pasukan anda?
Bukan, mereka adalah orang-orang Sulu yang menjadi suruhan Jamal. 

Sultan Sulu original pun cakap berbelit-belit.. susah nak dipercayai..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan