Mahu meneruskan perjuangan bodohnya dengan terus memerangi Malaysia, nampaknya lanun-lanun Sulu sudah mati akal. Dah habis air liur baca serapah dan jampi, dah habis segala macam tangkal dan azimat dipakai tetapi penemuan mayat-mayat lanun Sulu terus meningkat saban hari. Nak minta bantuan daripada jin, puaka dan jembalang pun, makhluk-makhluk tu pun takut dengan sistem persenjataan tentera Malaysia.
Tiba-tiba sahaja Malaysia mengeluarkan aset-asetnya yang kurang diketahui dan dimiliki seperti bom pintar dan drone.
Jamalul Kiram III yang sudah pun terputus bekalan duit ringgit apabila dalang operasi lanun-lanun tersebut didedahkan secara meluas, terpaksa mendapatkan bantuan pihak asing. Nak minta bantuan daripada Amerika, negara yang menyokong keganasan terhadap umat Islam itu pun, tak berapa nak berani atas alasan-alasan tertentu terutama selepas Malaysia menggunakan jet F-18 Hornetnya dengan sebebas-bebasnya.
Nak harapkan negara sendiri, Filipina pula dah nak tangkap dia. Akhirnya Jamalul Kiram III terpaksa beralih kepada Indonesia. Kononnya, Indonesia juga mempunyai hak ke atas Sabah dan Sarawak. Tidak cukup dengan itu, dia menawarkan Kesultanan Sulu berada di bawah Republik Indonesia sekiranya Indonesia mahu membantu lanun-lanunnya berperang dengan tentera Malaysia.
Nampaknya Jamalul Kiram III masih tidak berputus asa dan masih berusaha untuk memiliki sabah walau dengan apa cara sekalipun meskipun ramai tenteranya sudah terkorban di Lahad Datu.
Persoalaannya.... Adakah Indonesia akan bersetuju dengan permintaan dan tawaran Jamalul Kiram III itu?
Bagaimanapun, kerajaan Malaysia mestilah sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.. Perairan negara harus sentiasa dijaga dengan lebih ketat lagi kerana pada LB, ini bukan perkara mainan. Kena ingat pada tahun 1963 dibawah Soekarno, Indonesia pernah menyerang sempadan Sabah dan Serawak sehingga melibatkan banyak nyawa yang melayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan