22 Mei 2013

HIMPUNAN SABTU INI TIDAK PENUHI SYARAT - PDRM

ACP Arjunaidi Mohamed
PETALING JAYA - Himpunan yang akan diadakan secara besar-besaran Sabtu ini oleh gabungan membantah keputusan PRU13 belum dimaklumkan kepada pihak polis, ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis akan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

BILA AGAKNYA DRAMA INI AKAN BERAKHIR !!

Jika kita amati, bermula dari tahun 1982 sehinggalah 2013, tidak ada satu onar pun di Malaysia ini yang tidak melibatkan Anwar Ibrahim. Sekalipun di belakangnya adalah DAP dan kuasa asing, hakikatnya Anwar Ibrahim sendiri merupakan orang yang paling cekap menjalankan jarum subversif di negara ini walaupun pada ketika dia berada dalam UMNO dan menjadi anggota kabinet.

Keputusan PRU13 telah pun diketahui. Biarpun Barisan Nasional yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen Malaysia, tetapi dengan 133 kerusi Parlimen, sudah cukup untuknya memimpin sebuah kerajaan dengan dia sendiri kekal sebagai seorang Perdana Menteri. Malah lebih hebat lagi apabila Najib Abdul Razak membuktikan, dia mendapat sokongan kuat daripada Melayu dan Bumiputera sekalipun kehilangan undi Cina dan India.

DIA BERCAKAP SEORANG DIRI... DAH SAH GILA

Walaupun tidak ramai yang mendengar khabar angin ini, perkara ini sudah tersebar di seluruh negara dari mulut ke mulut. 

Beberapa hari lepas, Dato Seri Anwar Ibrahim berada di Pulau Pinang. Khabarnya Anwar kurang sihat dan pergi ke Hospital pakar. Secara kebetulan, seorang muda pun ada di situ untuk urusan dirinya atau keluarga, tidak pasti. Ternyata pasti dia melihat Anwar terkumat kamit tak henti bercakap-cakap.
 

HENTIKAN SEGERA ANWAR SEBELUM TERLAMBAT

SEBAHAGIAN wakil NGO membuat demonstrasi di Jalan Kampung Daik
membantah perhimpunan Blackout 505 oleh pembangkang
di Kuala Ibai, yang dijadualkan esok.
Kira-kira lebih 200 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa menghalang siri perhimpunan haram pembangkang bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu yang dirancang diadakan di negeri itu.

Malah, mereka turut menggesa Kementerian Dalam Negeri tidak lagi bertolak ansur dengan sikap pembangkang yang mencabar dan mengetepikan undang-undang kerana dibimbangi akan mencetuskan huru-hara.

ANWAR TIDAK KOMITED BERDAMAI - JUSUF KALLA

JUSUF KALLA
Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengakui usaha beliau untuk mendamaikan perseteruan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan tercapai 100 peratus.

Perkara tersebut, jelas beliau, disebabkan sikap Ketua Pembangkang itu sendiri yang tidak komited terhadap usaha tersebut.