11 Julai 2015

WALL STREET JOURNAL PEMFITNAH TERULUNG DUNIA

The Wall Street Journal (WSJ) ialah akhbar antarabangsa berbahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Dow Jones & Company (diambilalih oleh News Corporation) di bandar raya New York. Akhbar ini juga mempunyai edisi Asia dan Eropah. Saingan utama WSJ ialah Financial Times yang beribut pejabat di London.
Salah satu cara untuk menjatuhkan kerajaan Islam di dalam dunia ini adalah melalui fitnah yang direkacipta oleh pihak berkepentingan, kita umat islam masih lagi menangisi kehilangan sistem Khalifah dari dunia, namun dalam pada masa yang sama kita telan bulat-bulat cerita para orientalis yang mengambarkan kehidupan khalifah yang terakhir itu mewah dan terkeluar dari Islam sehinggalah Si Kamal Antartuk berjaya mengusir khalifah tersebut….

Sebenarnya umat Islam dari dulu sampai sekarang kerap terpana dengan cerita keburukan orang namun tidak mahu mengakui kebaikan yang dilakukannya, Inilah yang berlaku ketika Khalifah Othamniah yang terakhir, yang tidak membenarkan tanah Palestin diberikan kepada yahudi!
PERKEMBANGAN mutakhir dalam isu najib dan WSJ, dinyatakan sebanyak USD 700 juta disalur masuk ke akaun didakwa milik peribadi Najib.. Laporan itu bukan sahaja cuba membodoh-bodohkan najib, malah ia merupakan satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Apa cikai sangat ke Perdana Menteri Malaysia nak masuk "duit gelap"dalam akaun sendiri?

Bodoh betul jika ada yang mempercayai laporan tersebut..

Aku hairan kenapa laporan WSJ ini menjadi kitab rujukan penyokong kebanyakkan masyarakat di Malaysia yang beragama Islam. Asal ada kait-kait dengan Perdana Menteri saja,cepat-cepat dah angkat dakwaan itu betul... pelik kan..

Masyarakat Malaysia harus sedar siapakah sebenarnya yang telah menjadi penyebab berlakunya Perang Teluk pada Mac 2003 yang lalu. Wall Street Journal adalah dalang disebalik peperangan tersebut.

WSJ dari tahun 1991 telah mendakwa mempunyai bukti jelas Iraq menyimpan senjata pemusnah besar-besaran - Weapon Mess Distruction (WMD)) seperti didakwa George W Bush, sehingga terjadinya serangan besar-besaran keatas Iraq. Kali ini tindakan mereka jelas mahu menjahanamkan negara dan ianya wajar ditentang oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia jika benar-benar menyayangi negara ini.

*** Pada aku, rasanya tak payah susah-susah tanya bukti siapa sumber dan sebagainya. Buang masa. Berita dari WSJ and SR dah buat imej PM makin buruk. Cara nak jawab, PM saman saja pihak-pihak ni. Macam PM Singapore, takan bagi muka dengan berita yang dia tau dia di pihak yang benar. So jika Najib di pihak yang benar, memandangkan berita sebegini begitu teruk fitnahnya, sila saman. Itu saja....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan