29 Mei 2013

TAMRIN, HARIS DICEKUP SEMULA!!

Tamrin dan Haris
SHAH ALAM - Aktivis Pas Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

Menulis dalam laman mikro Twitter, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut mengesahkan penahanan kembali dua individu terbabit.

Malaysiakini yang dapat menghubungi Tamrin melaporkan, polis menahan aktivis Pas itu kira-kira jam 7 malam.

"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," Tamrin dipetik sebagai berkata.

Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.

Ketika dihubungi, Tian berkata beliau tidak melihat apa-apa tanda yang menunjukkan tindakan penahan polis ke atasnya.

"Tapi saya tidak kata saya selamat, tapi tengoklah macam mana," katanya.Sementara itu, seorang aktivis siswa Mohd Safwan Anang turut ditahan mengikut peruntukan sama.

Ketika dihubungi, isterinya Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wang.

"Polis tidak beritahu sama ada ia untuk merakam kenyataan atau untuk penahanan," katanya.

Dalam perkembangan terkini, Tian juga kini ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan