29 Mei 2013

'RED BEAN ARMY' MULAKAN DULU BOIKOT SYED MOKHTAR AL BUKHARY

Jangan lupa boikot LOWYAT PWTC sekali….bukan Lowyat bukit bintang ok. Hidup melayu!

Sekumpulan NGO Islam menjelaskan, mereka menjalankan kempen boikot ke atas produk yang didakwa dikeluarkan oleh syarikat pro-Pakatan Rakyat sebagai reaksi balas ke atas kempen kumpulan penggiat media sosial digelar ‘Red Bean Army’.

Setiausaha eksekutif diketuai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, yang mengetuai kumpulan NGO tersebut mendakwa, kumpulan ‘Red Bean Army’ memulakan kempen “fitnah” tersebut sejak tahun 2011 lagi.

“Antara fitnah-fitnah yang ditohmahkan, kata (bahawa) kita akan rosakkan ekonomi, perbuatan kita ekstrim dan macam-macam.

“Tapi saya nak kongsi di sini, sebenarnya yang kita buat pada 2013. Saya rasa ini pun sebahagian daripada Red Army. Red Bean Army yang mula bergerak daripada 2011 secara terancang,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau mendakwa ‘Red Bean Army’ itu mula kempen secara dalam talian pada 2011 dengan menyeru memboikot satu jenama roti. [makluman MRM dipercayai roti Massimo dikeluarkan oleh jutawan Robert Kuok yg dikatakan kecewa kerana kehilangan Gardenia kepada Syed Mokhtar. Perkara ini dilaporkan banyak disebar di akhbar dan facebook. Apakah benar dakwaan ini kita tunggu shjlah perkembangan berita kempen boikot yg bodoh ini]

“Mereka kata boikot Gardenia kerana ia adalah (jenama yang dikaitkan dengan) Umno, ini dikaitkan dengan politik, tapi saya pun tak tahu sejak bila Gardenia jadi jenama Umno.

“Dia nak merosakkan atau memburukkan, nak jatuhkan umno,” katanya.

Kumpulan Red Bean Army, didakwa dianggotai 200 cybertrooper yang didakwa diupah oleh DAP sebanyak RM108 juta sejak enam tahun lalu.

Ia mendapat liputan meluas dalam akhbar Utusan Malaysia dan News Straits Times. DAP menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan ia hanyalah khayalan Utusan.

SENARAI BARANGAN YG DIDAKWA PRO PR

Senarai penuh produk yang diboikot oleh NGO-NGO Islam itu boleh didapati dengan melayari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di www.ppim.org.my

1.Tepung Gandum Cap Sauh
2.Sri Murni Minyak Masak
3.Sri Murni Nugget
4.Sri Murni Telur
5.Marina Nugget
6.Marina Tuna
7.Aminah Hassan Sos Cili
8.Aminah Hassan Sos Tomato
9.Aminah Hassan Bihun
10.Roti Massimo
11.PowerRoot Extra
12.PowerRoot Ginseng Tongkat Ali
13.PowerRoot Hani Kurma Madu Dates
14.PowerRoot Ali Café
15.PowerRoot Per’L Kacip Fatimah
16.PowerRoot Oligo Malt
17.PowerRoot 9spot Isotonic
18.PowerRoot Ali Tea
19.PowerRoot Oligo Cereal
20.Malta
21.NutriMalt (Halal, tapi dalam dibuat dalam kilang CarlsBerg)
22.Teh Cap Masjid
23.Teh Guru Cap Masjid
24.Pau Ahmad
25.Old Town White Coffee
26.Pasaraya EconSave
27.Pasaraya KK mart
28.Pasaraya 99 SpeedMart
29.Pasaraya EconMart
30.Pasaraya Hero
31.Pasaraya TMC
32.Minyak Knife
33.Minyak Buruh
34.Minyak Naturel
35.Minyak Daisy
36.Drinho ALL DRINKS
37.Isomax Isotonic
38.HomeSoy
39.Farm Crows Butter
40.Bihun Orang Kampung
41.Bihun Jati
42.Starbucks Cofee
43.Kenny Rogers Roaster
44.Papa John’s Pizza
45.Wendy’s Hamburger
46.Krispy Kreme
45.Sports Toto

Tiada ulasan:

Catat Ulasan