26 Mei 2013

PEMUDA PAS GOMBAK TEGUR KETUA AMK PKR

GOMBAK - Pemuda Pas Gombak meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menggunakan media atau mengkritik secara terbuka masalah parti komponen itu.

Ketua Pemuda Pas Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata demikian mengulas kenyataan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyelar tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencerca calon PKR tanpa bukti pada kempen PRU13.

“Kami tidak kisah AMK mengkritik mana-mana pimpinan Pas, tetapi perlu menggunakan saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini.

Katanya, AMK seharusnya menjadikan pengalaman calon lompat parti semasa PRU12 sebagai pengajaran sehingga menyebabkan Perak dirampas BN.

“PR dimalukan dengan insiden wakil PKR keluar parti seperti Parlimen Bayan Baru, Nibong Tebal, Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Kulim-Bandar Baru.

“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan PR, malah pengkhianatan terhadap mandat rakyat menyebabkan perkara calon sering diingatkan oleh Abdul Hadi,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan