21 Mei 2013

NEGARA INI PUN BUKAN BAPA DIA PUNYA JUGA !!!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

Ketegasan pemimpin sebegini lah yang rakyat mahukan. Baru lah puak-puak Pembangkang rasa takut dan tidak lagi berani mengayam-ayamkan pihak berkuasa terutamanya pihak Polis serta amaran yang di keluarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jika dulu masa Hishamuddin jadi menteri KDN boleh lah Pembangkang perkotak-katikan segala amaran yang dia beri, tapi sekarang tidak lagi. Baru buku bertemu ruas dan Anwar kini bertemu dengan lawanya yang sebenar.

Kuasa kini sudah berada dalam genggaman, sekarang lah masa yang sesuai bagi pihak KDN dan juga polis bertindak mencantas segala tunas-tunas kejahatan yang cuba disemai Pembangkang dalam minda rakyat negara ini bagi tujuan untuk menimbulkan keadaan huru-hara.

Kepercayaan rakyat Malaysia yang sangat cintakan keamanan dan keharmonian kini tergalas dibahu Zahid Hamidi selaku menteri KDN yang baru. Diharap dengan ketegasan yang dipamerkan hari ini tidak akan berhenti setakat di situ sahaja.

Rasanya, tempoh masa lima tahun sudah cukup buat Zahid Hamidi mengembalikan semula keamanan negara ini seperti sediakala sebelum Anwar keluar dari penjara. Sokongan padu dari rakyat telah diberi..Inilah masanya untuk kita hapuskan segala pengkhianat negara dan petualang bangsa. Jangan biar satu pun terlepas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan