DAP mahu menghapuskan demokrasi di negara kita. Itu hakikat yang wajib diketahui oleh semua rakyat Malaysia. Semua yang mengundi DAP bermaksud mengundi untuk MEMBUNUH DEMOKRASI.
Ianya telah bermula dengan perancangan tersusun pakatan haram menuntut kerajaan menghapuskan ISA untuk memudahkan proses perlaksanaan agenda jahat mereka.
Seterusnya DAP bersama pakatan haram telah menyerang polis dan SPRM secara berterusan. Kini mereka telah bertindak dengan lebih berani dan angkuh dengan menyerang Dewan Negara pula.
Ini adalah antara proses lengkap untuk membunuh demokrasi demi mencapai cita-cita sosialis yang lebih mirip kepada diktator dan komunisme.
Karpal Singh pula telah mencadangkan agar Dewan Negara dimansuhkan. Ini merupakan langkah jahat tersusun DAP untuk memansuhkan pula Sistem Raja Berpelembagaan dan seterusnya menggubal Perlembagaan negara supaya menepati kehendak kaum Cina yang mahu menakluk Negara secara total.
DAP sentiasa merujuk kepada sistem Singapura sebagai model yang patut dicontohi. Adakah ini bermakna sebenarnya mereka mahukan semula ISA yang tidak dimansuhkan oleh Singapura. Cukup muak dengan hipokrasi mereka. Kita harus menyeru penyokong kuat DAP yang memuja Singapura ini menukar kerakyatan mereka kepada Singapura sahaja. Hentikan kekacauan dan huru-hara yang mengganggu perjalanan hidup rakyat Negara kita yang mahukan keamanan, kestabilan, perpaduan dan kemajuan.
Pemimpin-pemimpin DAP semakin ‘besar kepala’ dan angkuh kerana terlalu yakin parti itu mendapat sokongan majoriti orang Melayu walaupun hakikatnya hanya sebahagian Melayu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Sebenarnya mereka juga sedar bahawa walaupun 100% Cina menyokong DAP seperti dalam PRU13 yang lepas, namun mereka tidak mampu merampas kerajaan. Oleh itu mereka telah serahkan tugas menyusahkan rakyat dan Negara kepada Anwar Ibrahim. Ini bagi menghalang proses kemajuan yang mahu di bawa oleh Barisan Nasional .
Manakala tindakan Tunku Abdul Aziz Ibrahim untuk terus mendedahkan semua rancangan DAP yang bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum telah mengundang kemarahan Karpal Singh. Beliau telah mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Tunku Abdul Aziz dalam masa terdekat ini.
Atas kesedaran Tunku Abdul Aziz sebagai anak Melayu maka beliau akan mempertahankan keamanan negara dari DAP yang berniat jahat melampau. Namun kita rasa agak sedih dan terkilan dengan tindakan sebahagian masyarakat Melayu Bandar yang telah Berjaya juga bersikap angkuh dan lupa pada asal usul diri mereka. Kepentingan diri lebih mereka utamakan dengan mengenepikan tanggungjawab terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan Tanahair.
Amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu mengambil tindakan mahkamah sekiranya Abdul Aziz terus mendedahkan rahsia DAP sebenarnya juga membuktikan bahawa kebenaran semua kata-kata Tunku Abdul Aziz mengenai agenda jahat DAP.
“Saya tidak takut dengan amaran tersebut, ini negara saya, keluarga saya sudah berada di negara ini sejak ribuan tahun lalu, saya tidak akan jual roh saya kepada DAP.“Semakin amaran begini dikeluarkan, semakin itulah semangat saya untuk dedahkan ‘rahsia’DAP berkobar-kobar,” katanya.
Perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP telah bermula apabila beliau membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas. Oleh itu pada Mei 2012 Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP. Tambahan pula, selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.
Semua rakyat Malaysia yang sayangkan demokrasi yang diamalkan oleh negara kita harus bersatu-padu bagi memastikan agenda jahat DAP dan pakatan haram yang mahu menbunuh demokrasi ini dapat dipatahkan “ONCE AND FOR ALL”. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan