14 Mei 2013

MESIR - TIKAM ISTERI BUNUH DIRI SELEPAS ISTERI PELUK ISLAM

ASSIUT, Mesir 13 Mei – Seorang penganut Kristian Qibti [Coptic Christian] yang menikam isterinya kerana memeluk agama Islam bertindak membunuh dirinya dengan terjun dari tingkap sebuah bangunan mahkamah semalam.

Pegawai keselamatan Mesir berkata, Romany Amir bertindak sedemikian sementara dia menunggu untuk disoalsiasat polis di sebuah mahkamah utama di selatan bandar Assiut.

Pegawai itu tidak mahu namanya didedahkan kerana tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media sementara keadaan isteri Amir masih lagi dalam keadaan kritikal ekoran ditikam, semalam.

Amir dikebumikan petang ini di kampungnya berhampiran Assiut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan