28 Mac 2013

PBPM MINTA POLIS SIASAT KUTIPAN DERMA HARAM

KUALA LUMPUR 28 Mac - Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) telah membuat laporan polis bahawa ada sindiket menggunakan nama PBPM Selangor untuk memungut derma kononnya untuk wira Lahad Datu dan keluarga mereka.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Agung PBPM, Rohani Ahmad Jalis di Balai Polis Putra, Jalan Haji Eusoff, Kompleks Damai, di sini, semalam.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menderma kepada tabung itu kerana PBPM tidak pernah mengarahkan mana-mana cawangan atau negeri melakukan kutipan berkenaan," kata persatuan itu dalam kenyataan hari ini.

Ia berkata PBPM sendiri telah menderma kepada Tabung Wira Lahad Datu melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan