11 Mac 2013

KURANG AJAR !!! LEPAS TIAN CHUA, NURUL IZZAH MAHU PGA DAN CAWANGAN KHAS DIHAPUSKAN !!


Benar pepatah Melayu, bapa borek anak rintik..Selepas tian chua menghina anggota PDRM terkorban di Lahad Datu Tempoh hari, kini Nurul Izzah pasangan gelap Tian Chua pula menghina tugas anggota PGA dan Cawangan Khas (SB) dan mahu mansuhkan unit penting dalam PDRM..

Aku tak tahu apa motif Nurul Izzah pertikaikan tugas unit PGA dan SB PDRM sampai nak sangat kedua dua unit ini dimansuhkan.. Kenapa pakatan tak habis habis menyerang PDRM?? Tak cukup lagikah penghinaan pemimpin Fuckatan terhadap anggota keselamatan kita yang terkorban ketika berjuang mempertahankan kedaulatan negara??

Untuk pengetahuan semua unit Cawangan Khas adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan

PGA pula sebelum ini dikenali sebagai Polis Hutan untuk menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis..

Peranan utama pasukan ini sejak ditubuhkan adalah bagi menyediakan satu pasukan simpanan khas bertujuan untuk menghadapi dan menindas semua jenis ancaman dalam bentuk ketenteraman awam, aktiviti subversif, keganasan atau pemberontakan bersenjata yang berlaku dalam negara selain menyediakan bantuan kepada polis daerah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam. Ia juga berperanan untuk membantu pasukan tentera didalam operasi menentang gerila komunis dan pemberontak-pemberontak bersenjata serta menghapuskan penyusupan musuh kedalam negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan