11 Mac 2013

APA JASA ANWAR IBRAHIM SELAMA INI?

Anwar Ibrahim
Apakah jasa Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada agama, bangsa dan negara sepanjang lebih 17 tahun Ketua Umum PKR itu menerajui Umno Barisan Nasional (BN).

Anwar yang kini menjadi ketua pembangkang lantang mengkritik segala dasar yang dikemukakan kerajaan persekutuan, tetapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlupa bahawa banyak perkara yang tidak pernah beliau lakukan ketika memiliki kuasa pentadbiran sebelum ini.

Amat senang untuk mengkritik apabila kita tidak mempunyai kuasa, nak buat itu, nak buat ini, kritik itu, kritik ini, tetapi dia pegang kuasa dulu, kita boleh tengok apa yang beliau buat untuk orang Melayu dan juga negara.

Tahun 1997, 1998 (semasa Anwar di dalam BN), beliau hampir memufliskan negara kita dan semasa itu Anwar yang mengaturkan ekonomi negara. Anwar sepatutnya melihat keperibadiannya terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada pemimpin Umno BN, yang padanya sarat dengan masalah kewibawaan.

Sekarang dalam usahanya meraih sokongan rakyat, Pakatan Rakyat dilihat ghairah menabur pelbagai janji antaranya menghapuskan beberapa tol, memberikan pendidikan percuma sehingga ke universiti, menurunkan harga minyak, rangkaian wifi percuma, menurunkan harga kereta dan banyak lagi.

Hakikatnya, Pakatan Rakyat yang berjaya menawan Selangor - sebuah negeri yang terkaya dalam negara - juga gagal melaksanakan segala janji manifesto yang dibuatnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan