21 Mac 2013

FILIPINA MASIH BOLEH TERUS BERUNDING!

KITA BACA DULU KOMEN DARI KETUA PEMBANGKANG NI...
KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan bahawa pihak Filipina boleh berunding mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah, namun menolak penggunaan kekerasan untuk maksud itu.

Kenyataan itu bercanggah dengan pendirian Putrajaya yang menolak sebarang tuntutan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa diri mereka sebagai pewaris kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas tentang pendirian Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari yang bersekongkol dengan Jamalul Kiram III mengenakan desakan terhadap tuntutan negeri Sabah.

"Dalam kes rundingan seperti biasa boleh diteruskan...yang kita tentang ialah bila ada jenayah, pencerobohan, penjenayah menggugat keselamatan bumi Malaysia dan pencerobohan masuk Sabah.

"Jadi pandangan Misuari itu mengenai soal Kuala Lumpur terhadap Sabah, itu pandangan dia, kita tidak bersetuju kerana ini soal dalaman negara dan kita akan tetap perjuangkan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS pada Selasa.

Misuari baru-baru ini telah menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina, sambil berkata bahawa Kuala Lumpur telah menjajah Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata Malaysia telah menjadi batu penghalang dalam usaha untuk menyatukan dua kumpulan Moro yang berjuang untuk kemerdekaan di selatan Filipina, iaitu MNLF dan Barisan Pembebasan Moro pemisahan Islam Moro (MILF).

"Ini [MILF] instrumen kolonisme Malaysia. Ia telah dianjurkan oleh mereka. Ia Malaysia menggerakkan mereka [MILF].
"Saya minta maaf untuk mengatakan, itu adalah kebenaran. Ketepikan Malaysia, saya fikir kita segera boleh menyelesaikan masalah dengan kerajaan Filipina," Misuari memberitahu dalam siaran temu bual eksklusif bersama berita Al Jazeera semalam.

Anwar sebelum ini dilaporkan bertemu Misuari di Manila beberapa bulan sebelum insiden pencerobohan di Sabah beliau masih gagal menjelaskan motif pertemuan berkenaan.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat turut menggesa kerajaan membubarkan parlimen dalam masa tiga hari untuk memberi laluan kepada sidang tergempar parlimen dalam masa 48 jam bagi membincangkan tahap keselamatan negara.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kerajaan perlu segerakan perbincangan perkara ini bagi mengelak lebih banyak masalah berlaku pada masa akan datang.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membubarkan parlimen dalam masa tiga hari kalau tidak dia ada satu tanggungjawab untuk memanggil satu sidang parlimen tergempar dalam masa 48 jam," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini dilihat terus mengasak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen segera ekoran perkembangan terbaru di Lahad Datu, Sabah susulan pencerobohan sekumpulan rakyat dari Filipina sejak Februari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan