21 Mac 2013

SABAH ADALAH WILAYAH SAH MALAYSIA : KITA AKAN PERTAHANKAN - NAJIB

LA NI, KITA BACA PULAK STATEMENT NAJIB...
LAHAD DATU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Sabah akan terus dipertahankan sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia dan tiada pihak yang patut mempertikai kedudukan mutlak itu.

“Soal Sabah dalam Malaysia tidak patut dipertikaikan oleh sesiapa".

“Jangan sesiapa memandang iltizam Malaysia bahawa Sabah adalah wilayah dalam Malaysia selama-lamanya. Tiada siapa yang boleh pertikaikan (sama ada) dari dalam dan luar negara.

“Kita akan pertahankan prinsip (Sabah di bawah Malaysia) dan hakikat ini secara mutlak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau dan mendengar taklimat Op Daulat di Felda Sahabat 16, Felda Sahabat, dekat sini hari ini.

Najib berkata soal hak milik Sabah dalam Malaysia tidak sepatutnya berbangkit kerana perkara itu telah termaktub dalam perundangan negara.

“Saya ingin tegaskan soal polemik sama ada Sabah sebahagian Malaysia bahawa isu itu telah dimuktamadkan sejak 1878 dan Sabah merupakan wilayah yang sah di Malaysia,” katanya.

Malah beliau berkata Suruhanjaya Cobbold telah mendapatkan pungutan suara rakyat Sabah dan dua pertiga daripada rakyat negeri ini bersetuju menjadikan wilayah berkenaan sebahagian dari Malaysia.


Keputusan Suruhajaya Cobbold itu juga mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan