14 Mei 2013

UMNO DIMALUKAN LAGI - HADI TOLAK PENYATUAN PAS-UMNO

KOTA BHARU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang penyatuan antara UMNO dan Pas seperti yang dicadangkan beberapa pemimpin bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.

Beliau sebaliknya menyifatkan cadangan itu hanya dikeluarkan oleh pihak yang sedang ‘lemas’ atau terdesak mendapatkan pertolongan daripada orang lain untuk menyelamatkan diri.

“Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat, dia raba (tarik) kita tenggelam sekali,” katanya ringkas.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Bukankah TPM Muhyiddin jelas mengatakan PAS itu parti ajaran sesat? Kenapa pula kini muncul idea penyatuan dari bekas pemimpin UMNO? Bukan tidak suka penyatuan bangsa melayu tetapi biarlah secara terhormat dalam kedudukan terhormat juga. Bererti spt sunah nabi kita memaafkan dan tidak menghukum dalam keadaan kita berkuasa melakukannya. Malangnya UMNO banyak salah guna kuasa pabia berkuasa penuh.
Adik kecil PAS sudah kecil hati……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan