6 April 2013

MUHAJADAH DIRI, IMARAH MASJID KUNCI PERANGI NAFSU


Allah SWT berfirman: “Orang yang berjuang di jalan Kami, sesungguhnya Kami akan memberi petunjuk mereka itu pada jalan Kami, dan sesungguhnya Allah berserta orang yang membuat kebaikan.” (Surah al-Ankabut, ayat 69) 

Berjuang yang dimaksudkan adalah memerangi hawa nafsu mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai keredaan Allah SWT. Tegasnya, orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak baik bererti ia mendatangkan kekurangan pada peribadinya sendiri. 

Umumnya, tabiat manusia tidak menghiraukan urusan kebajikan, tetapi mengutamakan hal tidak baik dan tidak berfaedah. Mujahadah melawan hawa nafsu bererti berperang dengan diri kerana apa yang disukai hawa nafsu selari dengan naluri kesukaan diri. 
Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali malaikat mendoakannya: Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia.” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)Hanya dengan ilmu tepat saja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau sebaliknya. Namun, pengetahuan buruk atau baiknya sesuatu perkara belum cukup untuk kita melaksanakan atau meninggalkan. Oleh itu, kita perlu terus bermujahadah tanpa berputus asa.
Memakmurkan rumah Allah SWT merangkumi membangun dan mendirikan masjid, mengisi dan menghidupkannya dengan ibadah (terutama solat fardu berjemaah), majlis ilmu dan ketaatan kepada Allah SWT, merancang dan berbincang bagi kebajikan umat Islam.

Menghormati dan memeliharanya dengan cara membersihkan daripada kotoran serta memberi bantuan kewangan untuk aktiviti masjid. Ini kerana semua bentuk ketaatan dilakukan dalam masjid atau terkait dengan masjid, termasuk bentuk memakmurkannya. 

Sabda Baginda SAW: “Jika kamu melihat seseorang rajin mendatangi masjid, maka persaksikanlah ia sebagai orang beriman.” (Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan lainnya) 
Tangguh azab

Malaikat sentiasa mendoakan mereka yang memakmurkan masjid sama ada bersolat, berzikir, beriktikaf, membaca al-Quran dan mengadakan majlis ilmu. Ini antara sebab penangguhan azab terhadap sesuatu umat. 

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali malaikat mendoakannya: Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia.” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah) 

Kehidupan seorang mukmin sentiasa dihiasi dengan akhlak Islam, lidahnya sentiasa basah berzikir dan memuji kebesaran Allah SWT. Hati dan jiwanya sentiasa reda dengan takdir Allah SWT dan bersangka baik dengan-Nya. 

Ilmu sebenar dapat menjauhi pengaruh serta fahaman orang yang sering memprotes majlis ilmu dan zikir dengan alasan ia tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat. Kita hendaklah menjauhi fahaman menggunakan logik akal semata-mata dalam urusan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan