7 April 2013

ISU HUKUM HUDUD ; SATU PANDANGAN PERIBADI

Pengenalan ; 

(1) Definisi yang dapat dipetik mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud.

(2) Tiada seorang yang beriman pun yang akan berani membantah nas-nas qat’i (definitive texts) sama daripada al-Quran ataupun as-Sunnah. Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama. 
Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam. Nas-nas yang qat’i (definitive texts) itu, sekalipun diyakini tanpa syak daripada Allah, namun para sarjana Islam sering berbeza pendapat dalam menafsirkan maksudnya, atau berbeza pendapat dalam memperincikannya. Ini disebut sebagai dalil yang zanni (speculative meaning).

(3) Umpamanya, dalam hukuman memotong tangan pencuri, tiada siapa yang syak tentang kewajiban melaksanakan nas ini. Namun, para sarjana berbeza pendapat dalam menentukan syarat yang melayakkan seseorang dijatuhkan hukuman tersebut. Demikian juga dibincang suasana yang membolehkan hukuman itu dilaksanakan. Ini kerana terdapat nas-nas yang lain yang boleh menafsirkan hukuman ini. 
Membahaskan, ataupun meletakkan syarat-syarat yang layak sebelum perlaksanaan sesuatu hukum hudud itu, bukanlah bererti menolak hukum itu, sebaliknya memastikan perlaksanaan itu memenuhi maksud sebenar dari titah perintah Allah dan rasulNya yang disebut sebagai Maqasid al-Syariah (The Higher Objectives of Islamic Law).

(4) Suasana kondusif ialah suasana di mana apabila hukuman hudud itu dilaksanakan akan mencapai matlamat hukum itu disyariatkan. Tertegak keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat. Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri.
Nabi s.a.w bersabda:
“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani).
Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:
“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.
Dalam riwayat Abu Daud: “Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani).
Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w mengarahkan agar hukuman tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan ataupun musafir kerana bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana yang tidak kondusif. Dengan melihat kepada nas yang seperti ini, maka persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil kira.

Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut.

Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan. Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total.
Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang kondusif itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.
Demikian juga dalam hadis Anas bin Malik, dia berkata:
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Satu lagi contoh, kes zina dalam zaman Khalifah Umar Al Khattab. Khalifah Umar dan pembantunya meronda pada waktu malam. Satu malam, dia dapat berita tentang seorang lelaki yang suka berzina. Khalifah pergi ke rumah lelaki tersebut untuk mengintip. Memang betul lelaki itu sedang berzina pada waktu itu. 
Khalifah Umar menyuruh pembantunya mencampakkan (aku tak sure whether this is the correct action, tapi dia nak pecah masuk ke rumah lelaki tu) beliau ke dalam rumah lelaki itu. Memang waktu tu Khalifah dapat tangkap lelaki itu dalam keadaan Hasyafah (keadaan ni mesti dilihat oleh saksi kalau kita nak sabitkan seseorang mengikut hukum hudud). Lelaki itu mengaku kesalahannya berzina, tetapi, katanya Umar juga bersalah kerana mengintai sedangkan Allah melarang kita mengintai. 

Al-Hakim meriwayatkan dari Abdul Rahman bin `Auf bahawa pada suatu malam dia berjaga bersama `Umar bin al-Khattab di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan mereka tertarik dengan cahaya pelita di sebuah rumah. Justeru mereka berdua bergegas menuju ke sana, sehingga ketika sudah dekat dengan rumah tersebut, didapati pintu tertutup, di dalamnya kaum lelaki yang bercakap dengan suara yang tinggi. `Umar berkata sambil memegang tangan Abdul Rahman, ``Tahukah kamu ini rumah siapa?'' Abdur Rahman menjawab, ``Tidak''. Umar menjawab: ``Ini rumah Rabi'ah bin Umayah bin Khalaf. Mereka kini sedang minum arak, bagaimana pendapat mu?'' Abdur Rahman menjawab; ``Saya berpendapat bahawa kita telah mendatangi sesuatu yang dilarang oleh Allah `Azza Wajjalla. Allah berfirman: ``Jangan kamu mengintai. Tetapi kita telah mencari-cari.'' Justeru Umar pun beredar dan meninggalkan mereka. 

(5) Syariat Islam terbahagi kepada 5 cabang - Ibadat, Aqidah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hudud diletakkan di bawah Jinayat. Di bawah cabang Jinayat, ada lagi dua cabang selain Hudud iaitu Qisas dan juga Ta'zir. Hukum Hudud, macam yang kita tahu, adalah hukuman yang telah termaktub dalam Al-Quran. Itu ketentuan Allah. Tiada siapa yang boleh ubah bentuk hukuman yang ditetapkan. Hukum Ta'zir adalah hukuman yang ditetapkan mengikut budi bicara pemimpin serta hukuman untuk kesalahan yang tidak dapat dihukum mengikut hukum hudud. Akta Buruh, Akta Cetak Rompak dan Akta Hutan Simpan adalah contoh undang-undang di bawah hukum Ta'zir. Ada sesetengah ulama meletakkan Qisas (hukum balas) di bawah hukum Hudud, ada sesetengah yang mengasingkannya. Setakat masa sekarang ni, Malaysia banyak melaksanakan hukum Ta'zir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan