NUSAJAYA: Bukan sahaja pemimpin Umno BN diam membisu terhadap cadangan Lim Kit Siang bahawa bekas Menteri Besar Johor empat penggal, Datuk Abdul Ghani Othman sepatutnya dianugerahkan dengan jawatan kanan kerajaan, tetapi seperti terdapat penolakan rasmi apabila Mubarak, pertubuhan bekas-bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional, mengisytiharkan mereka yang kalah dalam pilihan raya umum kali ini tidak sepatutnya dilantik menjadi senator atau menteri.
14 Mei 2013
PENYOKONG PEMBANGKANG PR PENUHI DEMO DI IPOH
Antara penyokong pembangkang yang hadir pada perhimpunan di Ipoh. |
Saksikan live streaming tau rakaman perhimpunan blackout 505 klik sini
IPOH: Pembangkang mengadakan perhimpunan ketiga selepas pilihan raya dengan orang ramai memenuhi jalan-jalan di sekitar Medan Istana di sini pada Ahad.
Perhimpunan yang diadakan di hadapan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu diadakan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.
PAKATAN TERUSKAN HIMPUNAN BLACKOUT 505 DI IPOH
Himpunan Blackout 505 yang diadakan di pekarangan Pejabat PKR Negeri Perak, Medan Istana, Ipoh |
IPOH – Himpunan Blackout 505 diteruskan dengan kehadiran ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) biarpun pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Bertempat di pekarangan Pejabat PKR Negeri Perak, Medan Istana di sini, suasana cukup ‘meriah’ dengan tepukan hadirin setiap kali penceramah naik ke atas pentas selain bunyi tiupan vuvuzela.
9 Mei 2013
AZMIN DAN MAK LAMPIR UGUT KHALID SUPAYA LEPASKAN JAWATAN MENTERI BESAR
Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.
SUARA KERAMAT RAKYAT YANG DISANGKAL CALON PERDANA MENTERI
Seperti biasa Pakatan Rakyat akan menwar-warkan kepada dunia bahawasanya perhimpunan di Kelana Jaya yang dihadiri oleh 90 Ribu orang untuk mendengar ceramah Anwar mendapat sambutan.
Di dalam keadaan cuaca yang kurang baik, penyokong fanatik Pakatan Rakyat ini sanggup meredah hujan semata-mata mendengar retorik Anwar yang kecewa dengan keputusan PRU13 yang mengagalkan usaha Anwar untuk merampas kerusi jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)