30 Jun 2015

Heiner Bielefeldt
Rupanya ada juga beberapa orang pakar hak asasi manusia yang bertanya Anwar di Sungai Buloh, mengenai kemungkinan PKR membawa semangat perubahan dari Amerika Syarikat – KEBENARAN PERKAHWINAN SEJENIS YANG DIAKUI DISELURUH NEGARA TERSEBUT.

Arguments pakar-pakar hak asasi ini adalah - Jika PKR pantas membuat pendirian yang selari dengan Obama dan Amerika Syarikat, pastinya ada beberapa keuntungan besar kepada PKR dan Pakatan Rakyat, antaranya seperti :
  • Para pelobi #LoveWins ini akan memperolehi bajet yang sangat besar. Mereka tak yakin kerajaan Amerika akan tunduk dengan mudah kepada desakan mereka. Hasilnya banyak lebihan bajet yang boleh digunakan oleh PKR dan NGOs yang berkaitan.
  • Menurut kajian PKR, hampir 150,000 pasangan sejenis di Malaysia. Ini angka bagi tahun 2009. Mungkin bertambah. Jika PKR perjuangkan perkara ini dengan konsisten, ianya akan memenangi dokongan dan sokongan yang agak besar kepada parti.\
  • Mengambil peluang keadaan sekarang dengan ketidakwujudan Puak Ulama’ di dalam Pakatan Rakyat. Perkara ini tidak mendapat tentangan gerakan sosialis DAP.
  • Mengambil kira kedudukan Najib yang begitu lemah ketika ini dan ini pasti membolehkan iddea mereka diterima pakai.
Katanya, semua kehendak NGOs terbabit sedang dalam pertimbangan Biro Politik PKR; samada ianya mahu dijadikan modal politik. 

Perkara paling penting adalah akses kepada Jutaan US Dollar yang sedang menunggu untuk diberikan kepada mereka yang bersedia memperjuangkan same sex marriage.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan