1 Jun 2013

TUBUH MAKMAL ANALISIS PARTI TUNGGAL

Umno akan mewujudkan makmal khusus untuk memperinci cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno itu berkata parti juga perlu mengadakan tinjauan pendapat daripada anggotanya sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu.

Makmal lagi..!!! Buat ler 1001 makmal atau apa jua namanya tapi kalau yang menganggotai nya tetap orang yang sama..! penjilat dan penepok ponggong yang menggelarkan diri mereka pakar, bertauliah, tahu serba serbi hingga menyebabkan kerajaan BN hampir runtuh dalam PRU yang lalu maka makmal hanya tinggal makmal..! 

Kajian berkaitan BN sebagai parti tunggal rasanya sudah mendapat respond segera rakyat dan pelbagai pihak yang mewakili parti komponen..! Ahli UMNO tetap mahukan UMNO kekal dominan dan tetap dengan amalan selama ini, begitu juga la dengan parti parti di Sabah dan Sarawak.

Yang sebok ni parti Gerakan..jadi biar ler Gerakan dengan masaalah mereka dan biarlah Gerakan mengatasi masaalah penolakan kaum cina dan rakyat Malaysia terhadap parti mereka. Tak payah Gerakan nak mengajak UMNO dan parti parti lain yang masih relevan masuk ke kelengkang busuk lagi sempit mereka.

BN perlu menambahbaik sistem keahlian terus yang telah pun BN lakukan beberapa tahun dahulu, sejak diluluskan sudah berapa banyak keahlian secara langsung yang BN telah terima? bagaimana BN boleh menambah dan memperbaiki lagi sistem keahlian langsung ini serta memberikan kebaikan kepada ahli mereka yang mendaftar secara terus ini? Ini sebenarnya penyakit yang BN perlu baiki.

Bukannya lain yang bernanah lain pulak yang disepoh..! lain yang sakit lain pulak yang diubat..! kalau gitu makin sakit ler gamaknya..!!!

Banyak dah para pemikir yang gusar dengan tindak tanduk penasihat penasihat PM sehingga perlu dibuang dari melengkari pemikiran dan tindakan PM seperti mana yang disebutkan oleh Tun Daim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan