6 Jun 2013

BUDDHA 969 : PDRM WUJUDKAN PANGKALAN DATA WARGA MYANMAR


Klik sini bacamengenai kumpulan Neo Nazi ekstremis Buddha ini yg melaku kan beberapa pembunuhan etnik di Malaysia terhadap rakan senegara. Kumpulam 969.

Polis telah mengumpul kira-kira 400 maklumat peribadi warga Myanmar yang bekerja di Lembah Klang termasuk di Pasar Borong Selayang untuk disimpan dalam sistem pangkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata dengan adanya pangkalan data itu, polis dapat mengesan dengan mudah sekiranya mereka terlibat dalam sebarang kejadian jenayah di negara ini.

“Antara ‘sampling’ yang kita ambil adalah DNA dan cap jari untuk simpanan,” katanya dalam sidang media di ibunegara hari ini.

Beliau berkata ini bagi memberi peringatan kepada warga asing terutamanya dari Myanmar supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan jenayah di negara ini kerana identiti mereka telah dikenal pasti.

“Polis tidak mahu mereka (warga Myanmar) menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk melakukan keganasan dan tidak kira warga negara mana yang berada di sini mereka tertakluk kepada undang-undang Malaysia,” katanya.

Abd Aziz berkata operasi mengumpul sampel ini dimulakan Ahad lepas dan semalam lebih 150 warga Myanmar telah diambil sampel peribadi mereka.

Katanya polis turut mendapat kerjasama Kedutaan Myanmar di Malaysia dan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur.

Khamis lepas, seorang peniaga sayur warga Myanmar maut diserang sekumpulan

lelaki menggunakan parang ketika menunggang motosikal bersama seorang rakannya di perkarangan tempat letak kereta di Pasar Borong Selayang Baru.

Sehari selepas kejadian itu, mayat seorang lagi warga Myanmar ditemui dengan kesan kelar di leher di kawasan semak berhampiran Pasar Borong Selayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan