3 Jun 2013

6 LAPORAN POLIS TERHADAP WANITA CINA HINA YDP AGONG

Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948. Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.

Tangkap dan hukum sahaja kepada mana-mana individu rakyat Malaysia yang tidak tahu menghormati DYMMSPB.. Jenis manusia yang bahalul.. Ketua negara mahu dipermainkan.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan