29 Mei 2013

ZALIM - BAYI BERJAYA DISELAMATKAN DIDALAM PAIP KUMBAHAN

BEIJING – Anggota bomba China berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan yang terselit di dalam paip kumbahan.

Seorang penduduk apartmen di wilayah Zhejiang terdengar suara bayi menangis pada hari Sabtu lalu memanggil anggota bomba untuk menyelamatkan bayi berkenaan.

Anggota bomba cuba menarik keluar bayi berkenaan namun gagal dan terpaksa menggergaji dan memotong paip berkenaan bagi memastikan bayi itu terus hidup.

Mereka kemudian membawa batang paip itu ke hospital bagi mengeluarkan bayi berkenaan.

Menurut akhbar tempatan, bayi itu baru berusia beberapa hari ditemui di dalam sebuah paip yang berukuran 10 sentimeter.

Rakaman dari televisyen tempatan menunjukkan doktor dan anggota bomba bertungkus lumus memotong paip bagi menyelamatkan bayi itu.

Bayi itu ketika ini berada dalam keadaan stabil dan pihak berkuasa sedang mencari ibu bapanya.

Seperti yang diketahui, China mempunyai dasar perancangan keluarga yang ketat dengan membenarkan setiap keluarga mempunyai seorang anak saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan