19 Mei 2013

SEKURANG-KURANGNYA NAJIB DAH BENTUK KABINET

POLIITIK pembangkang dari dulu tak banyak yang berubah, masih bodoh macam biasa. Sama macam budak-budak kecil, pembangkang sentiasa guna pendekatan lapok dengan cari jalan macam mana nak burukkan kerajaan BN, termasuklah dalam soal pembentukan kabinet kerajaan persekutuan.

Kononnya, Menteri sana tak kena, menteri sini tak kena, jantina itu kurang, kaum ini tidak ada dan sebagainya.

Hakikatnya, kabinet kerajaan persekutuan dah pun dibentuk dan mengangkat sumpah kelmarin, sedangkan Selangor – yang merupakan satu-satunya contoh negeri gabungan pembangkang yang tinggal, masih tidak membentuk barisan Exconya sehingga sekarang.

Benar, kerajaan BN di Negeri Sembilan pun Exconya belum angkat sumpah, tapi itu bukan sebab kacau bilau macam di Selangor, tapi atas sebab-sebab tertentu yang bakal dijelaskan Menteri Besarnya nanti.

Kalau nak ikut rumit, kabinet kerajaan persekutuan jauh lebih rumit, dibanding dengan pembentukan barisan Exco macam di Selangor yang tak berapa nak sukar sangat ni. Nak lantik Menteri Besar pun kucar kacir, nak lantik Exco pun banyak telagah juga.

Sebab Selangor adalah satu-satunya negeri selepas pilihanraya umum yang lepas dimana parti yang punya paling sikit kerusi tapi dapat letak orang dia sebagai Menteri Besar. Ya, PKR hanya ada 14 kerusi, berbanding 15 untuk DAP dan PAS tapi Khalid Ibrahim yang jadi Menteri Besar.

Cakap pasal PAS, nampak sangat parti lambang bulan ini parti bacul. Macam-macam benda pengecut dia tuduh pada BN selama ini, hakikatnya, dialah sebenarnya parti pengecut.

PAS ada lebih banyak kerusi pun masih serah pada parti yang sikit kerusi untuk jadi MB. Mana maruah dia pun tak tahu. DAP, walaupun tidak boleh melantik calonnya sendiri sebagai Menteri Besar kerana tidak ada wakil Melayu beragama Islam, masih bacul juga kerana tidak menghormati hak majoriti.

Nampak sangat PAS menang banyak kerusi di Selangor, bukan kerana kekuatan sendiri, tapi sebab dibantu pengundi cina yang dipindahkan secara beramai-ramai ke sesuatu kawasan DUN di Selangor bagi memastikan negeri itu kekal dibawah pakatan pembangkang.

Jadi penulis katakan begini sahajalah, pembangkang lebih baik tumpu masalah sendiri yang tidak selesai sampai sekarang, dari sibuk-sibuk dengan perkara membabitkan kerajaan persekutuan yang sudah sempurna. Menteri-menteri berkenaan pun sudah menjalankan tugas masing-masing, menunaikan janji kepada rakyat.
p/s: Ingat pada Anwar, dalam dia sibuk menjaja cerita parti yang dapat banyak undi popular patut jadi kerajaan, PKR yang dapat sikit undi popular di Selangor (on top kerusi paling sikit), pulak yang dapat jadi MB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan